Roti Susu

Dituduh Guna Duit Derma Beli Kereta Mewah, Ini sumber pendapatan sebenar Ebit Lew Dituduh Guna Duit Derma Beli Kereta Mewah, Ini sumber pendapatan sebenar Ebit Lew
Dengan tagline ‘keluarga sunnah’, dan sentiasa menyeru umat Islam untuk mengikut cara hidup Baginda Nabi SAW, sudah cukup membuatkan Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew... Dituduh Guna Duit Derma Beli Kereta Mewah, Ini sumber pendapatan sebenar Ebit Lew

Dengan tagline ‘keluarga sunnah’, dan sentiasa menyeru umat Islam untuk mengikut cara hidup Baginda Nabi SAW, sudah cukup membuatkan Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew atau nama komersialnya ‘Ustaz Ebit Lew‘ disegani dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Beliau pernah berkongsi cerita dengan para pendengar mengenai kehidupan yang dilaluinya sehingga berada pada tahap kini di ruang radio Ikim.fm dalam Slot Islam Agamaku. Sungguh, siapa sangka beliau yang asalnya berketurunan Cina ini dijentik dengan hidayah Allah SWT ketika berusia 12 tahun.

Pada masa kecilnya, beliau merupakan seorang murid yang nakal namun terbuka hati untuk mulai belajar mengenal Islam melalui salah seorang gurunya. Dan bermula saat itulah, beliau tekun mempelajari tatacara solat serta mengajak ahli keluarganya yang lain untuk mendekati agama suci Islam.

Namun hari ini nama ustaz Ebit Lew mula terpalit dengan pelbagai pandangan negatif oleh sesetengah pihak, yang sepertinya tidak senang duduk melihat kerja amal yang dilakukan.

Tayang kereta mewah? Sehinggakan, ada pulak beberapa pihak yang cuba melemparkan tvduhan dengan menggunakan isu kereta mewah yang digunakan ustaz Ebit dalam misi bantuannya.

Senang2 nak tuduh dia guna duit derma. Tidak senang dengan tuduhan yang dilemparkan terhadap ustaz Ebit Lew, seorang pengguna Facebook dengan nama akaun Yusran Yusof telah mend3dahkan pendapatan yang dimiliki oleh pend4kwah tersebut adalah atas usahanya sendiri.

Ade golongan2 b0doh yg ckp ustaz ebit lew gunakan duit derma org ramai utk beli kereta mewah, jangan lah kita jadi bod0h. Chanel youtube ustaz Ebit Lew view dia lagi byk dari youtuber soloz (gamer terkenal Malaysia) kot, kalau soloz mampu pakai mustang dh tentu ustaz ebit lew mampu juga pkai alphard. Lagi pn ustaz ada perniagaan lain lagi, buku2 hasil tulisan beliau pn byk dipasaran. Otak jgn sempit sgt.

  • Pendapatan dari Youtube pun ribu2

Menafikan d4kwaan konon ustaz Ebit Lew meraih kekayaan dengan wang derma, Yusran Yusof yang telah meny1asat serba sedikit mengenai sumber pendapatan pend4kwah, yang datangnya daripada saluran Youtube dan perniagaan yang dijalankan.

“Page fb 1.8juta followers, Youtube dh ada 400k subscriber dengan 3k-56k us dolar (rm12K – RM224K) pendapatan melalui Youtube sebulan dan tahunan 42k-600k usd (rm168k- rm2 juta lebih)

 Ebit

  • Banyak lagi sumber kewangan dia

Untuk pengetahuan ramai, ustaz Ebit Lew mempunyai tiga buah cawangan restoran, ditambah pula dengan pendapatan daripada penjualan buku dan jemputan ceramah.

Karier: Pengarah Urusan Transform Training & Consultancy, Perunding Latihan, Penceramah Motivasi dan Penceramah Bebas

  • Pencapaian :

Penerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1437H/2015M. Penceramah Motivasi/Perunding Latihan di Excel Training di bawah bimbingan Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof Hanim Tahir selama 4 tahun.

 Ebit Lew

Memberi ceramah di seluruh Malaysia, Indonesia, Thailand, Pakistan, India, dan Singapura. Penceramah slot motivasi pagi, Slot Islam Agamaku, Islam Itu Indah, Usrah Nurani dan lain-lain di radio IKIM.fm dan Sinar.fm. Panel jemputan di pelbagai media massa seperti TV Al-Hijrah.

Telah mengendalikan lebih 1,000 kursus di agensi-agensi kerajaan dan swasta meliputi modul dalam bidang pembangunan manusia, kerja sebagai ibadah, kepemimpinan model Rasulullah SAW, menghidupkan sunnah dalam keluarga, amalan masjid Nabi SAW, bina insan, pembangunan kepimpinan, komunikasi berkesan, pasukan kerja, pengurusan stress, teknik belajar berkesan dan hubungan kemanusiaan. [sumber]

Shares