Roti Susu

Dr Mahathir Letak Jawatan Perdana Menteri, Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Letak Jawatan Perdana Menteri, Pengerusi Bersatu
PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sudah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kira-kira pukul 1... Dr Mahathir Letak Jawatan Perdana Menteri, Pengerusi Bersatu

PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sudah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kira-kira pukul 1 tengah hari tadi.

Peletakan jawatan itu dipercayai ada kaitan dengan pergolakan politik yang berlaku dalam Pakatan Harapan (PH) sejak mesyuarat Majlis Presiden Jumaat lalu.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan media mengesahkan perkara itu.

“Tun Dr Mahathir Mohamad telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia hari ini.

“Surat tersebut telah dihantar kepada YDP Agong pada jam 1 tengah hari,” kata kenyataan akhbar itu.

Pada 10 Mei 2018, Dr Mahathir mencipta sejarah apabila mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kali kedua hari ini susulan Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Dr Mahathir, pertama kali dilantik menjadi perdana menteri keempat pada 1981 sewaktu berumur 56 tahun sebelum meletakkan jawatan pada 2003, setelah menerajui tampuk pimpinan negara selama 22 tahun.

Berumur 92 tahun pada waktu itu, Dr Mahathir mencipta sejarah lagi menjadi perdana menteri tertua di dunia dengan kembali ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya setelah 15 tahun meletakkan jawatan pada 2003.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 9 Mei, Pakatan Harapan memenangi 135 daripada 222 kerusi Parlimen bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu. – Mstar

Shares