Roti Susu

Baru Jer Dr. Erin Mengaku Sudah Diceraikan, Bekas Isteri Pertama Da’i Farhan Muatnaik Status Ini Baru Jer Dr. Erin Mengaku Sudah Diceraikan, Bekas Isteri Pertama Da’i Farhan Muatnaik Status Ini
Bekas isteri pendakwah bebas Da’i Farhan, Fatin Nurul Ain mengambil pendekatan untuk berdiam diri ekoran pendedahan Dr. Erin bahawa dia telah bercerai. Malah, Fatin... Baru Jer Dr. Erin Mengaku Sudah Diceraikan, Bekas Isteri Pertama Da’i Farhan Muatnaik Status Ini

Bekas isteri pendakwah bebas Da’i Farhan, Fatin Nurul Ain mengambil pendekatan untuk berdiam diri ekoran pendedahan Dr. Erin bahawa dia telah bercerai.

Malah, Fatin hanya memuat naik petikan daripada perawi hadis Rasulullah S.A.W serta doa untuk memaafkan individu lain yang memfitnahnya.

Mengambil Ibrah dari bulan yang mulia ini, saya mohon doa. Allah ampunkan d0sa-d0sa saya.

Allah kekalkan hati saya untuk sentiasa memaafkan mereka yang masih tidak mahu bertaubat dari menfitnah saya, walid kepada anak-anak dan keluarga serta Allah kurniakan hidayah buat mereka.

Ya Allah jadikanlah kami hamba-hambaMu yang bertaqwa. #diamitulebihbaik, tulis Fatin.

Kenyataan selamat Fatin itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang kebanyakannya menyokong tindakannya untuk berdiam diri.

Menerusi pendedahan Erin pada Selasa, Fatin didakwa telah bertindak agresif dengan berkomplot untuk memutuskan perkahwinan mereka.

Malah, kata Erin dia tidak menyangka pada mulanya rumah tangga yang dibinanya bersama Farhan tidak direstui madunya.

Dr. Erin

Farhan dan Erin telah mendirikan rumah tangga ketika menunaikan ibadah umrah di Makkah pada Oktober 2019.

Namun Farhan menceraikan isteri pertamanya, Fatin yang sedang sarat hamil menerusi aplikasi WhatsApp pada Disember.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. [ sumber ]

Shares