Roti Susu

Disangka Harga Cuma RM3k, Isteri Fad Bocey Gigih Buat Kejutan Untuk Suami! Disangka Harga Cuma RM3k, Isteri Fad Bocey Gigih Buat Kejutan Untuk Suami!
Pelawak dan penyampai radio, Fad (kumpulan Bocey) menerima kejutan istimewa dari isterinya, Nur Syahirah Rahman, baru-baru ini. Momen indah itu dikongsikan Syahirah di Instagramnya... Disangka Harga Cuma RM3k, Isteri Fad Bocey Gigih Buat Kejutan Untuk Suami!

Pelawak dan penyampai radio, Fad (kumpulan Bocey) menerima kejutan istimewa dari isterinya, Nur Syahirah Rahman, baru-baru ini. Momen indah itu dikongsikan Syahirah di Instagramnya apabila dia memberi kejutan sebuah skuter model Yamaha NVX 155 sebagai ganti kerana Fad mahu menjual moto Ducati kesayangannya.

“Setelah berminggu plan akhirnya sampai .semuanya dipermudahkan. “Kisahnya sebab dia nak letgo ducati atas sebab moto tu beli hanya dimanjakan kt rumah. Takut sgt nk bgi ride jauh2.

“Kesian pulak tgok dia sayang nak jual ducati. Jadi kita suprise bagi si biru supaya dia tk rasa kehilangan sgt. Hope you happy with this daddy.

“Thank you abg jan dan kak liza tolong crikan moto @fawzanliza .moga Allah balas jasa kalian,” tulisnya.

Pada masa sama, Syahirah turut berterima kasih buat rakan artis, Achey dan Faheem yang turut membantu dalam urusan pembelian.

“Thank you @acheykintangkintung and @faheem_ocok51 sebab mudahkan urusan ambk dan hantar moto smpai kedepan rumah. korang cri la diorang klu perlukan bike towing .tip top.

“Tak dibayar utk puji tapi servis puas hati,” kongsi Syahirah yang mendirikan rumah tangga bersama Fad pada Mac 2015. Malah, Syahirah gembira kerana dapat memberikan kejutan buat suaminya itu.

 

View this post on Instagram

 

Setelah berminggu plan akhirnya sampai .semuanya dipermudahkan .kisahnya sebab dia nak letgo ducati atas sebab moto tu beli hanya dimanjakan kt rumah .tkot sgt nk bgi ride jauh2 .kesian pulak tgok dia sayang nak jual ducati .jadi kita suprise bagi si biru supaya dia tk rasa kehilangan sgt 😝 .hope you happy with this daddy ❤️❤️❤️ . Thank you abg jan dan kak liza tolong crikan moto @fawzanliza .moga Allah balas jasa kalian . . Thank you @acheykintangkintung and @faheem_ocok51 sebab mudahkan urusan ambk dan hantar moto smpai kedepan rumah .korang cri la diorang klu perlukan bike towing .tip top .tak dibayar utk puji tapi servis puas hati . . Happy bila dapat buat org yg kita sayang happy .tapi dpt jual ducati jgn lupa ganti balik duit 😝😝😝😝 ingtkan harga moto 3 ribu ja rupanya rabak weh duit simpanan 😏😏😏😏 . My video editor is @noorinora 😘

A post shared by Syaheera❤️Fadzlie (@syaheeraarahman) on

“Happy bila dapat buat org yg kita sayang happy .tapi dpt jual ducati jgn lupa ganti balik duit. ingtkan harga moto 3 ribu ja rupanya rabak weh duit simpanan,” kongsi ibu kepada tiga orang cahaya mata itu.

Hasil perkongsian video berdurasi satu minit itu, pasangan ini dihujani komen dari netizen. Dalam pada itu, Fad turut meninggalkan komen.

Dalam perkembangan lain, Fad kini terlibat dengan program Muzikal Lawak Superstar (MLS) dalam kumpulan UNI bersama Atu dan Fakhrul UNIC. – Selambermedia.com

Shares