Roti Susu

Dibuang ibu kandung kerana kerdil, ramai berebut nak jaga bayi ini Dibuang ibu kandung kerana kerdil, ramai berebut nak jaga bayi ini
Setiap anak yang lahir adalah rezeki yang dikurniakan oleh Tuhan, tidak kiralah bagaimana pun datangnya. Menjadi satu tanggungjawab kepada ibu bapa untuk menjaga amanah... Dibuang ibu kandung kerana kerdil, ramai berebut nak jaga bayi ini

Setiap anak yang lahir adalah rezeki yang dikurniakan oleh Tuhan, tidak kiralah bagaimana pun datangnya. Menjadi satu tanggungjawab kepada ibu bapa untuk menjaga amanah yang telah diberikan.

Jika sebelum ini tular mengenai kisah seorang bayi lelaki dipinggirkan keluarga, kerana lahir dengan berkulit gelap dan tidak secomel bayi lain.

Namun, seorang lagi bayi menerima nasib yang serupa apabila dia lahir dalam keadaan yang tidak diingini oleh kedua orang tuanya. Maka, anak yang tidak berdosa ini dibiarkan menempuh takdir hidupnya sendiri.

Difahamkan, bayi tersebut merupakan seorang anak istimewa iaitu lahir dengan keadaan kerdil, membuatkan ibu kandungnya tidak mahu menerimanya.

Menerusi maklumat di Facebook, bayi tersebut kini berada di bawah jagaan pihak hospital Melaka, dan hanya menunggu jika ada sesiapa yang sudi mengambil bayi tersebut.

Simpati dengan nasib bayi, rata-rata netizen menyifatkan tindakan keluarga bayi ini adalah sangat tidak wajar. Kerana bukan fizikal yang menjadi ukuran, sebaliknya budi pekerti yang akan ditengok kelak. Sumber : Muhammad Kdh

Shares