Roti Susu

“Dia seperti sedang tidur” – Teman artis kongsi keadaan jenazah Ashraf Sinclair sebelum dikebumi “Dia seperti sedang tidur” – Teman artis kongsi keadaan jenazah Ashraf Sinclair sebelum dikebumi
PENYANYI Maia Estianty berkata pemergian Ashraf Sinclair terlalu mudah sehingga tidak disedari oleh isterinya, Bunga Citra Lestari. Menurut Maia, Ashraf ketika ditemui isterinya berada... “Dia seperti sedang tidur” – Teman artis kongsi keadaan jenazah Ashraf Sinclair sebelum dikebumi

PENYANYI Maia Estianty berkata pemergian Ashraf Sinclair terlalu mudah sehingga tidak disedari oleh isterinya, Bunga Citra Lestari.

Menurut Maia, Ashraf ketika ditemui isterinya berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Dia sihat sahaja, tidak ada sebarang masalah (kesihatan).

“Cerita saya dengar dari dalam, Ashraf meninggal selepas mahu tidur malam. Bunga ketika itu pergi membersihkan muka.

“Selepas bersihkan muka, Bunga mahu memesan mi segera, tapi Ashraf tak bangun apabila dikejut, peristiwa itu berlaku terlalu cepat,” katanya.

Sementara itu, Maia menyifatkan Ashraf sebagai seorang lelaki yang baik dan rupawan.

Malah, wajahnya ketika berbalut kain kafan seperti sedang tidur.

“(Jenazahnya) Seperti orang tidur. Ashraf orang baik. Sangat merendah diri dan dia terlalu baik,” ujarnya.

Pelakon berusia 41 tahun ini menghembuskan nafas terakhir kerana serangan jantung pada Selasa. – Mstar

Shares