Roti Susu

Demi RM2 Juta, Si Isteri Sanggup Berpakat Dengan Adik Bunuh Suami Buta Demi RM2 Juta, Si Isteri Sanggup Berpakat Dengan Adik Bunuh Suami Buta
Demi mengejar kemewahan dunia seorang isteri sanggup berpakat dengan adiknya bagi membunuh suaminya sendiri atas alasan ingin membolot harta suaminya yang berjumlah lebih RM... Demi RM2 Juta, Si Isteri Sanggup Berpakat Dengan Adik Bunuh Suami Buta

Demi mengejar kemewahan dunia seorang isteri sanggup berpakat dengan adiknya bagi membunuh suaminya sendiri atas alasan ingin membolot harta suaminya yang berjumlah lebih RM 2 juta.

Reka cerita

Menerusi laporan Harian Metro wanita yang berusia 45 tahun, juga sanggup mereka cerita kononya suaminya disamun ketika sedang berada di hadapan rumah mereka di Kampung Baru Sungai Chua, pada 1 Oktober yang lalu.

Namun, kegiatan keji mereka akhirnya terbongkar apabila mereka telah ditahan pihak polis pada Sabtu lalu dan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 320 Kanun Keseksaan.

Suaminya yang berusia 59 tahun disahkan meninggal dunia pada 10 Oktober lalu ketika menerima rawatan di Hospital Kajang.

Buat laporan polis

Pihak polis menerima laporan dibuat suspek kononnya suaminya disamun penjenayah yang melarikan rantai leher mangsa di hadapan rumah mereka. Siasatan awal mendapati suspek merancang membunuh mangsa dengan berkomplot dengan adik lelakinya berusia 42 tahun untuk mendapatkan harta mangsa.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, mangsa telah dipukul di bahagian kepala dengan menggunakan tukul dan senjata. Malahan, senjata tersebut telah dirampas oleh pihak polis.

Kini, adik beradik itu akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang esok, atas kesalahan merancang dan membunuh mangsa demi mendapatkan harta. Mereka juga akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 akta yang sama.

Hasil siasatan mendapati, suspek mahu mendapatkan harta suaminya yang merupakan seorang pengusaha perniagaan lori serta besi buruk. Suaminya dipercayai mempunyai duit simpanan lebih RM 2 juta dan mempunyai insurans kematian berjumlah RM 800,000.

Sumber: Harian Metro

Shares