Roti Susu

Datuk Seri Anwar Ibrahim Berazam jadi Perdana Menteri Yang MembeIa Islam Datuk Seri Anwar Ibrahim Berazam jadi Perdana Menteri Yang MembeIa Islam
BANGI – Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji akan menjadi Perdana Menteri yang jelas pendirian dan keyakinan terhadap Islam, sekiranya diberikan ruang dan peluang menjawat... Datuk Seri Anwar Ibrahim Berazam jadi Perdana Menteri Yang MembeIa Islam

BANGI – Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji akan menjadi Perdana Menteri yang jelas pendirian dan keyakinan terhadap Islam, sekiranya diberikan ruang dan peluang menjawat jawatan tersebut.

Presiden PKR itu berkata, beliau bercita-cita untuk tampil sebagai tokoh yang mengutamakan Islam dan pada masa yang sama mengasihani penganut agama lain.

“Saya mahu, Insya-ALLAH jika diberi ruang untuk mentadbir negara ini, saya akan mentadbir sebagai tokoh yang jelas pendirian dan keyakinan dalam Islam.

“Malah, saya juga mahu dikenali sebagai seorang yang sangat prihatin dan mengasihani kawan-kawan kita yang bukan beragama Islam,” katanya, di sini, hari ini.

Terdahulu beliau berbuka puasa dalam Majlis Iftar Perdana anjuran Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Alumni Kolej Dar al-Hikmah (KDH).

Pada majlis tersebut, Ahli Parlimen Port Dickson itu turut melahirkan penghargaan kepada ABIM kerana kekal setia bersamanya ketika beliau dif1tnah kepimpinan lama.

“Cara paling Iicik kerajaan lalu ialah mer0sakkan imej saya, juga sebagai seorang Muslim namun, dengan adanya kawan-kawan ABIM yang membantu dan menjelaskan bahawa mereka lebih mengenali Anwar.

“Ini banyak membantu menyelamatkan saya daripada f1tnah BN,” kata Anwar Ibrahim .

Majlis ini juga dianjurkan untuk meraikan setahun Anwar keluar penj4ra yang turut dihadiri Presiden Wadah, Ahmad Azam Abd. Rahman dan Presiden ABIM merangkap ahli lembaga pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Mohamad Raimi Abdul Rahim. [ Sumber ]

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Shares