Roti Susu

Hampir Menitiskan Air Mata, Datuk Faroz Akhirnya Mohon Maaf Hampir Menitiskan Air Mata, Datuk Faroz Akhirnya Mohon Maaf
Hampir Menitiskan Air Mata, Datuk Faroz Akhirnya Mohon Maaf. Saya Muhammad Faroz, Pengarah Urusan Kumpulan Jakel ingin memberi pencerahanan tentang posting yang tular pada... Hampir Menitiskan Air Mata, Datuk Faroz Akhirnya Mohon Maaf

Hampir Menitiskan Air Mata, Datuk Faroz Akhirnya Mohon Maaf. Saya Muhammad Faroz, Pengarah Urusan Kumpulan Jakel ingin memberi pencerahanan tentang posting yang tular pada 1 Mei baru-baru ini oleh adik saya iaitu Muzaffar.

Yang mana beliau telah membuat satu kenyataan yang menyinggung perasaan seluruh rakyat Malaysia, terutama orang Melayu kita. Saya juga terkesan dengan posting tersebut, saya juga marah, tapi yalah perkara telah berlalu.

Segala kekhilafan ini yang berlaku ini mungkin salah faham. Tetapi benda telah ditambah tokok oleh oleh posting-posting yang tidak berapa tepat dan sebagainya.

Contohnya posting Norliza yang mana beliau menghiina, mengutuk dan memaaki hamun orang Melayu kita..dan beliau tidak ada kena mengena dengan Jakel mahupun rangkaian Jakel.

Jadi saya sebagai Ketua Pengarah Kumpulan, mewakili kakitangan keluarga Jakel ingin memohon seribu kemaafan kepada seluruh rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi orang Melayu kita yang tersingging dan terkecil hati dengan statement yang dibuat oleh adik saya.

Memang tidak ada niat untuk merendahkan atau menghiina orang Melayu kita.Jakel berjaya dan naik menjadi sebagai sebuah gedung yang terkenal adalah kerana sokongan seratus-peratus orang melayu kita juga.

Jadi masakan (tak mungkin) saya menghiina orang Melayu, malah tidak tergamak..tidak terfikir oleh akal fikiran untuk menghiina pelanggan kami yang mana pelanggan kami yang memberi kami rezeki dengan izin Allah.

Takkan lah kita nak hiina orang kita. Jadi saya harap masyarakat dapat maafkan keluarga saya dan pekerja saya serta perniagaan saya dan terus menyokong Jakel.

Saya mungkin agak emotional dalam hal ini. Tetapi inilah hakikatnya saya memang benar-benar kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku ini.

Jadi saya sekali lagi memohon ampun dan maaf di bulan yang mulia ini. Saya ucapkan selamat berpuasa kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam, mohon maaf zahir dan batin.

Demikian kata-kata Datuk Faroz di Instagram Jakel yang penuh beremosi dan hampir menitiskan air mata. – [ Sumber ]

Shares