Roti Susu

Datin Shahida Buka Mulut Dedah Apa yang Berlaku Datin Shahida Buka Mulut Dedah Apa yang Berlaku
KUALA LUMPUR: Krisis rumah tangga usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri dan isteri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid terus meninggalkan tanda tanya. Tambah... Datin Shahida Buka Mulut Dedah Apa yang Berlaku

KUALA LUMPUR: Krisis rumah tangga usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri dan isteri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid terus meninggalkan tanda tanya. Tambah panas Aliff dan Datin Shahida dikatakan saling tidak mengikuti atau ‘unfollow’ akaun Instagram (IG) masing-masing, sejak bulan lalu.

Terbaharu, ibu kepada Aliff, Rozita Ibrahim pula dilihat ‘unfollow’ menantunya, menguatkan lagi desas-desus pasangan yang dikurniakan lima cahaya mata itu bakal berpisah.

Menjawab persoalan adakah turut berdepan krisis dengan ibu mentua, Datin Shahida berkata, dia tidak tahu ibu mentuanya ‘unfolow’ dalam IG.

“Saya tak perasaan. Kalau tak bagi tahu, saya memang tak tahu. Bagi saya, itu hak dan pilihannya.“Sejujurnya, saya juga tak tahu Alif ‘unfollow’ saya tempoh hari. Saya hanya tahu daripada komen netizen.

“Bagaimanapun, tak mengapalah, saya tak ambil pusing pun,” katanya kepada BH Online.Bekas anggota kumpulan nasyid Solehah itu berkata, dia dan anak-anaknya sihat dan tenang sahaja di rumah.

Datin Shahida

“Alhamdulillah, saya dan anak-anak berada dalam keadaan baik. Sihat semuanya.“Saya hanya keluar rumah apabila kehabisan barang dapur, selebihnya masa saya banyak bersama anak-anak” katanya.

Mengulas isu dakwaan memfailkan percer4ian di mahkamah, Datin Shahida tidak dapat memberikan komen lanjut.“Maaf, saya tak dapat komen.“Bagi saya, ini bukan masa yang sesuai untuk bercakap isu percer4ian.

“Sekarang, seluruh dunia sedang berdepan dengan musibah penularan virus COVI1D-19. Jadi, fokus saya mengenai keselamatan anak-anak,” katanya.

Enggan isu percer4ian terus menjadi persoalan ramai, Aliff mendedahkan surat tuntutan cer4i isterinya di laman IG. Bagaimanapun, Aliff nafi melafazkan cer4i terhadap Shahida ketika menjawab komen netizen dalam ruangan soal jawab di IG Story, beberapa hari lalu.

Difahamkan, kes perbicaraan perceraian Aliff dan Shahida bakal didengar selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pasangan itu juga didakwa tidak tinggal sebumbung, sejak beberapa bulan lalu. [ sumber ]

Shares