Roti Susu

Datin Shahida Bongkarkan Screenshot Wassap Yang Dihantar DS Aliff Syukri .! Datin Shahida Bongkarkan Screenshot Wassap Yang Dihantar DS Aliff Syukri .!
Siapa tidak kenal dengan pasangan usahawan selebriti popular penuh kontr0versi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid ini. Boleh... Datin Shahida Bongkarkan Screenshot Wassap Yang Dihantar DS Aliff Syukri .!

Siapa tidak kenal dengan pasangan usahawan selebriti popular penuh kontr0versi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid ini. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja cerita pan4s terutamanya tentang si suami.

Namun bukan sisi tidak elok atau kontr0versi yang ingin dikongsikan di sini. Siapa sangka sedar tak sedar, nampaknya perkahwinan mereka sudahpun menginjak tahun yang ke-11. Sewaktu Datuk Aliff Syukri sekarang berdepan dugaan hebat yang menguji kesabaran beliau berkenaan perselisihan dengan pihak produksi Gegar Vaganza, isterinya pula kini sedang berada di tanah suci bagi mengerjakan umrah.

Dalam perkongsian terkini oleh Datin Shahida, beliau telah memuat naik sebuah gambar ‘screen shot’ perbualan Whatsapp antara beliau dengan suami

”Nampak tak dia hantar laporan apa dia buat..takut kita jeles la tu.. Itu lah suami saya @aliffsyukriterlajaklarismana je dia pergi x perlu kita tanya dia sendiri lapor diri……Sbb dia dah diajar utk lapor diri oleh bonda tercinta dia @bondarozitaibrahim …….jadi lepas kahwin laporan bertukar tangan..”

Begitulah entri yang ditulis oleh Datin Shahida berserta gambar di bawah;

Rata-rata warganet memuji pasangan ini yang disifatkan sungguh romantik, malah paling mendapat pujian ialah Datuk Aliff Syukri kerana sifat suami penyayang yang ditonjolkan. ”ruzza_aisyah alhmdulillah…apa pn terbaik..suami contoh..xsmua suami sikap mcm tu datin..klu smua..alangkah indahnya..dunia. .moga datin dan dato kekal hingga ke jannah..ibu dato beri didikan yg terbaik dh..syukur..”

Begitulah komen seorang warganet yang memuji Datuk Aliff Syukri sebagai seorang suami contoh meskipun sibuk dengan urusan perniagaan namun tetap ada masa untuk ber’sayang-sayang’ dengan isteri. Terdahulu, pasangan bahagia ini tidak lokek bercerita tentang pengalaman romantis sewaktu mula-mula berkenalan, berkawan dan akhirnya menjadi suami isteri.

Kata Aliff menerusi kiriman Instagram, dia bagai tidak percaya wanita yang pada awalnya tidak mempunyai persefahaman dengannya itu akhirnya menjadi pasangan hidup. Aliff akui sukar untuknya menolak sekiranya itulah jodoh yang sudah ditetapkan Tuhan.

“11 tahun dulu.. dia sahabat saya dan kawan baik satu tempat kerja. Dulu masa jumpa mula-mula @shahidadherbs rasa tak boleh nak ‘ngam’ sebab dia pendiam dan tegas. Saya pula masuk air. Jadi macam tak sebulu sangat hanya kawan OK. Lama-lama tu terasa sayang sebab kami rasa ada keserasian. Tu yang orang tua kata, jangan benci. Nanti suka.. hahahaha… padan muka,” tulis Aliff.

Manakala Shahida pula berkongsi pengalaman sewaktu naik pelamin dengan Aliff. Kenyataan yang dimuatkan di kapsyen Instagram itu turut disertakan foto lengkap bersongket berwarna hijau pucuk pisang ketika hari bahagia mereka.

“11 tahun lepas, warna ni tengah popular di sekitar majlis-majlis kahwin, sebab tu kita pakai baju warna ni. Alhamdulillah waktu ni dapat tajaan daripada Abang Mail dari Butik Pengantin Syahirah Rawang sebab dulu selalu jadi model butik dia.

“Saya kahwin umur 22, @aliffsyukriterlajaklaris waktu tu umur 20 tahun. Macam tak percaya pula dah injak 11 tahun usia perkahwinan dan nak masuk empat cahaya mata campur Ameena dan Qayyum semua dah enam orang (ramai kan anak-anak saya),” tulis Shahida.

Aliff yang disatukan dengan Nur Shahida pada 10 Ogos 2008, kini mempunyai tiga cahaya mata, Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6 tahun. Malah, mereka juga mengambil anak angkat, Ameena yang sudahpun mencecah umur 5 bulan dan Qayyum, tiga bulan. [ Sumber ]

Shares