Roti Susu

Daiyan Trisha Derma RM7,000 Bantu Golongan Miskin Cegah COVID-19 Daiyan Trisha Derma RM7,000 Bantu Golongan Miskin Cegah COVID-19
Kita sedia maklum bahawa sejak jangkitan Covid-19 naik mendadak, boleh dikatakan harga hand sanitizer, penutup muka dan beberapa lagi bahan pembersihan menjadi semakin mahal.... Daiyan Trisha Derma RM7,000 Bantu Golongan Miskin Cegah COVID-19

Kita sedia maklum bahawa sejak jangkitan Covid-19 naik mendadak, boleh dikatakan harga hand sanitizer, penutup muka dan beberapa lagi bahan pembersihan menjadi semakin mahal.

Namun bagi penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha, ini adalah saat untuk kita saling membantu terutama sekali untuk golongan yang berpendapatan rendah.

Derma lebih RM7,000
Difahamkan, Daiyan telah menyumbang kira-kira ebih RM7,000 kepada badan bukan kerajaan (NGO), keluarga, serta individu yang memerlukan pertolongan disebabkan penularan wabak Covid-19.

“Saya mengambil inisiatif ini untuk membantu keluarga yang kurang pendapatan, keluarga susah dan yang memerlukan bantuan kewangan. Saya sangat bersyukur dapat menyumbang…”

Banyak platform boleh pergi
Menurut penyanyi itu, terdapat banyak platform yang boleh digunakan untuk sesiapa sahaja yang juga ingin menyumbang, antaranya adalah Mercy Malaysia, IMARET, dan MyCARE.

“Saya sendiri ada berhubung dengan organisasi ini menerusi mesej peribadi. Ini disebabkan saya tahu mereka ada platform untuk orang memberi sumbangan kepada masyarakat tidak berkemampuan di Malaysia…”

Penerima bantuan adalah terdiri daripada golongan warga emas, keluarga kurang pendapatan, individu disyaki dijangkiti virus, dan kurang bernasib baik.

Semoga dimurahkan rezeki
Tindakan Daiyan itu dipuji netizen, kerana di saat ini memang bantuan daripada banyak pihak amat diperlukan.

Baiknya hati Daiyan, semoga segala amalan murni ini menjadi sumber inspirasi buat semua, agar jangan mudah mengambil kesempatan di dalam situasi genting seperti ini untuk mengaut keuntungan.-Sumber

Shares