Roti Susu

Cuaca panas mampu bunuh virus Covid-19? Ini jawab Dr Amalina…! Cuaca panas mampu bunuh virus Covid-19? Ini jawab Dr Amalina…!
BARU-baru ini tular dakwaan bahawa cuaca panas boleh membantu membunuh virus Covid-19.Menurut Presiden Persatuan Kawalan Jangkitan Malaysia, Dr Nohayati Rusli dalam satu temubual bersama... Cuaca panas mampu bunuh virus Covid-19? Ini jawab Dr Amalina…!

BARU-baru ini tular dakwaan bahawa cuaca panas boleh membantu membunuh virus Covid-19.Menurut Presiden Persatuan Kawalan Jangkitan Malaysia, Dr Nohayati Rusli dalam satu temubual bersama sebuah stesen TV, virus berbahaya itu boleh dibunuh dengan mudah dengan cuaca panas.

“Cuaca panas 25-26 darjah celsius virus tak tahan. Jadi rajin-rajinlah berjemur tu supaya kita panaskan badan… berpeluh-peluh.

“Kalau badan kita moist kita senang dapat jangkitan. Tu sebab kalau boleh buka tingkap, jangan buka aircond, matahari lebih bagus disinfect kita punya rumah,” katanya.

Namun perkara itu turut mendapat perhatian pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Amalina Che Bakri yang menjelaskan masih terlalu awal untuk mengesahkan dakwaan tersebut.

“Ramai pakar dan saintis memberi amaran masih terlalu awal untuk diberitahu dan kajian lanjut perlu dilakukan.”Saya tidak mengatakan ia tidak benar tetapi pada masa sekarang, kita mempunyai data yang terhad.

“Jadi saya tidak akan membuat kesimpuan seperti apa yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO),” katanya dalam satu posting di Twitter.

Dr Amalina dalam blognya turut menyenaraikan beberapa kajian kes oleh sekumpulan penyelidik termasuk dari Havard yang mendedahkan peningkatan suhu dan kelembapan tidak semestinya membawa kepada pengurusan kes wabak baharu itu.

“Mike Lipsitch (Profesor Epidemiologi dan Pengarah Pusat Penyakit Berjangkit Dinamik Sekolah Kesihatan Awam Harvard T.H. Chan) berkata: “Bagi novel koronavirus (Covid-19), kita mempunyai sebab untuk diharapkan sama seperti betakoronavirus lain, ia mungkin merebak lebih cekap pada musim sejuk berbanding musim panas walaupun kita tidak tahu mekanisme yang bertanggungjawab.

Beberapa negeri dilanda musim panas sejak akhir-akhir ini.”Saiz perubahan dijangka menjadi sederhana dan tidak mencukupi untuk menghentikan penyebaran itu dengan sendirinya.”
Malah Dr Amalina turut mengingatkan orang ramai mengenai amaran WHO yang meminta agar tiada sebarang andaian dibuat mengenai Covid-19.

“Mike Ryan (Pengarah Eksekutif Program Kecemasan Kesihatan WHO) menggesa orang ramai untuk tidak membuat andaian bahawa wabak itu secara automatik reda pada musim panas.

“Kita perlu menganggap virus itu akan terus mempunyai kapasiti untuk merebak. Ia adalah ‘harapan palsu’ untuk memikirkan Covid-19 akan hilang seperti selesema,” kata Ryan.

Ramai merungut kerana cuaca panas.. bila tengok video ni baru kita rasa bersyukur kerana Allah SWT untuk bumi Malaysia panas kejap. – Mstar

Shares