Roti Susu

Covid-19: Pekerja cuti tanpa gaji terima RM600 sebulan, PM nasihat jangan panik ! Covid-19: Pekerja cuti tanpa gaji terima RM600 sebulan, PM nasihat jangan panik !
PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan dana bernilai RM120 juta untuk pekerja yang terjejas akibat wabak Covid-19. Menerusi sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat... Covid-19: Pekerja cuti tanpa gaji terima RM600 sebulan, PM nasihat jangan panik !

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan dana bernilai RM120 juta untuk pekerja yang terjejas akibat wabak Covid-19.

Menerusi sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) pada Isnin, Muhyiddin berkata ia bakal memberi manfaat buat 33,000 pekerja yang terjejas di negara ini.

“Bantuan kewangan RM600 setiap bulan, maksimum selama enam bulan itu layak untuk pekerja notis tanpa gaji mulai 1 Mac 2020.”Langkah ini melibatkan peruntukan RM120 juta kepada 33,000 pekerja yang menerima faedah ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut mengumumkan bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) yang sepatutnya diagih pada Mei ini dipercepat kepada 16 Mac.

Dalam sidang media sama, Muhyiddin turut menasihati orang ramai agar tidak panik dalam berdepan dengan Covid-19.

“Jangan risau. Bekalan makanan mencukupi.”Kami juga meminta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan untuk memantau situasi terkini,” ujarnya menjawab soalan pemberita.

Antara pengumuman lain termasuklah bantuan untuk kategori perniagaan yang terjejas seperti dari sektor pelancongan yang akan diberi 15 peratus diskaun caj elektrik bermula 1 April sehingga 30 September depan.

Pengguna domestik turut menerima diskaun dua peratus caj elektrik bagi tempoh sama.

Turut hadir dalam sidang media itu termasuklah Menteri Kewangan Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Ali. – Mstar

Shares