Roti Susu

COVID-19: “Manusia Akan Mati Juga” – Vanessa Hudgens Dikritik Tak Sensitif, Tampil Mohon Maaf COVID-19: “Manusia Akan Mati Juga” – Vanessa Hudgens Dikritik Tak Sensitif, Tampil Mohon Maaf
Bintang High School Musical, Vanessa Hudgens mendapat kecaman ramai apabila memuat naik sepotong video kurang sensitif terhadap pandemik Covid-19. Kata Vanessa menerusi video itu,... COVID-19: “Manusia Akan Mati Juga” – Vanessa Hudgens Dikritik Tak Sensitif, Tampil Mohon Maaf

Bintang High School Musical, Vanessa Hudgens mendapat kecaman ramai apabila memuat naik sepotong video kurang sensitif terhadap pandemik Covid-19.

Kata Vanessa menerusi video itu, jika bukan disebabkan virus tersebut pun, manusia tetap akan menemui ajal suatu hari nanti.

“Inikan virus, saya faham tetapi pada masa sama manusia akan mati juga. Menakutkan tetapi memang betul,” katanya sambil tertawa.

Selepas mendapat kritikan seluruh dunia berhubung kenyataannya itu, Hudgens memuatnaik video terbaharu memohon maaf atas keterlanjuran kata-katanya itu.

“Semalam saya membuat Live Instagram dan hari ini ada antara komen saya terima luar daripada kebiasaan.

“Ini waktu yang sukar dan saya berada di rumah dalam tempoh kuarantin. Dan saya pun harap kalian juga begitu.

“Saya tidak mengambil ringan akan hal ini dan pastikan anda juga berada di rumah masing-masing.

“Saya memohon maaf kerana menyinggung semua orang dan sedar kata-kata saya tidak sensitif dan tidak kena dengan situasi dunia sekaang.

“Ia menyedarkan saya agar menjaga kata-kata saya selepas ini. Semoga semua sihat dan selamat,” katanya.

Sehingga kini sebanyak 219,573 kes dilaporkan melibatkan 8,972 kematian seluruh dunia akibat Covid-19.

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!- Sumber

Shares