Roti Susu

COVID-19: Kerajaan umum Perintah Kawalan Pergerakan mulai Rabu COVID-19: Kerajaan umum Perintah Kawalan Pergerakan mulai Rabu
KERAJAAN memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai Rabu ini, 18 sehingga 31 Mac di seluruh negara. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata,... COVID-19: Kerajaan umum Perintah Kawalan Pergerakan mulai Rabu

KERAJAAN memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai Rabu ini, 18 sehingga 31 Mac di seluruh negara.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Perintah kawalan itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Katanya, Perintah Kawalan Pergerakan ini meliputi; pertama, larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.

“Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasar raya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.

“Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang bersidang pada 15 Mac (semalam),” katanya dalam Perutusan khas Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Bagi Perintah Kawalan Pergerakan kedua, beliau berkata, sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara.

Katanya, bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela atau self quarantine selama 14 hari.

“Ketiga, sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara. Keempat, penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan prauniversiti.

“Kelima, penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara.

“Keenam, penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terbabit dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan,” katanya.

Muhyiddin berkata, beliau sedar rakyat di negara ini mungkin merasakan tindakan yang diambil oleh kerajaan ini menimbulkan kesulitan dan kesukaran.

“Namun, tindakan ini mesti diambil oleh kerajaan untuk membendung penularan wabak Covid-19 yang berkemungkinan meragut nyawa rakyat negara ini,” katanya.

Shares