Roti Susu

Covid-19: Berita Terbaru Malaysia Catat 2 Kematian Pertama Covid-19: Berita Terbaru Malaysia Catat 2 Kematian Pertama
MALAYSIA mencatatkan dua kes kematian pada Selasa akibat Covid-19.Mangsa pertama merupakan kes ke-178 iaitu seorang lelaki berusia 34 tahun yang pernah menghadiri perhimpunan tabligh... Covid-19: Berita Terbaru Malaysia Catat 2 Kematian Pertama

MALAYSIA mencatatkan dua kes kematian pada Selasa akibat Covid-19.Mangsa pertama merupakan kes ke-178 iaitu seorang lelaki berusia 34 tahun yang pernah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling, tempoh hari.

“Beliau mula mengalami gelaja demam mulai 5 Mac 2020. Beliau mendapat rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru pada 12 Mac 2020 setelah dikesan positif Covid-19.

“Keadaan beliau merosot dan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi. Beliau disahkan meninggal dunia pada 17 Mac 2020,” demikian menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sementara itu, mangsa kedua pula kes yang ke-358, merupakan seorang pastor berusia 60 tahun dari Sarawak yang mempunyai sejarah penyakit kronik.

“Beliau mula mengalami gelaja demam, batuk dan kesukaran bernafas pada7 Mac 2020. Beliau mendapat rawatan di Hospital Umum Sarawak pada 14 Mac 2020 setelah dikesan positif Covid-19.

“Keadaan beliau merosot dan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi. Beliau disahkan meninggal dunia pada 17 Mac 2020,” kata kenyataan itu lagi.

Sementara itu, sebanyak 120 kes baharu telah dilaporkan pada Selasa.Pertambahan itu menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 673 kes.

“Berdasarkan siasatan awal, daripada 120 kes baharu yang dilaporkan hari ini (Selasa), sebanyak 95 kes positif Covid-19 adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling,” katanya.

Seramai 12 kes positif Covid-19 pula sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, tujuh pesakit telah pulih dan dibenarkan keluar dari wad pada Selasa. Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah sebanyak 49 kes. – Mstar

Shares