Roti Susu

Sehari sebelum PKPB: 122 kes positif baharu dicatat, 2 lagi korban akibat Covid-19 Sehari sebelum PKPB: 122 kes positif baharu dicatat, 2 lagi korban akibat Covid-19
Penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 122 kes baharu, menjadikan keseluruhan 6,298 kes setakat Ahad. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah,... Sehari sebelum PKPB: 122 kes positif baharu dicatat, 2 lagi korban akibat Covid-19

Penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 122 kes baharu, menjadikan keseluruhan 6,298 kes setakat Ahad. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Malaysia turut mencatatkan dua lagi korban akibat virus itu, menjadikan 105 kematian keseluruhan.

“Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan dua lagi kes kematian berkaitan Covid-19.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 105 kes. “Ingin dimaklumkan bahawa daripada 122 kes baharu yang dilaporkan hari ini, 52 kes adalah kes import.

Ini bermakna, kes penularan tempatan adalah sebanyak 70 kes ,” ujarnya menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Ahad petang.

Tambahnya, seramai 27 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 13 kes memerlukan bantuan pernafasan. Sehingga hari ini, 87 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan keseluruhan 4,413 kes pulih di Malaysia.

Berikut perincian satu kes kematian terbaharu yang diumumkan pada Ahad:

-Kes kematian ke-104 (kes ke-5539) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 82 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan penyakit jantung.

Beliau telah dirawat di Hospital Sungai Buloh pada 22 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 2 Mei 2020 jam 6.29 petang.

-Kes kematian ke-105 (kes ke-5837) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 64 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.

Beliau telah dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban pada 27 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 3 Mei 2020 jam 9.46 pagi.

Sumber: Mstar

Shares