Roti Susu

Coronavirus: Warga Asing Terkandas Di Wuhan Tagih Bantuan Coronavirus: Warga Asing Terkandas Di Wuhan Tagih Bantuan
WUHAN: Ribuan warga asing terkandas di Wuhan, yang dikenakan perintah berkurung akibat coronavirus, kecewa melihat kerajaan negara lain membawa pulang rakyat mereka. Ratusan warga... Coronavirus: Warga Asing Terkandas Di Wuhan Tagih Bantuan

WUHAN: Ribuan warga asing terkandas di Wuhan, yang dikenakan perintah berkurung akibat coronavirus, kecewa melihat kerajaan negara lain membawa pulang rakyat mereka.

Ratusan warga Jepun, Singapura, Perancis, Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) serta beberapa negara kuasa besar lain dibawa pulang kerajaan masing-masing manakala warga negara yang kecil atau kurang pengaruh diplomatik terpaksa berserah kepada takdir.

Warga Thailand, Aphinya Thasripech, 32, yang menyuarakan rasa terkilan kerana tiada sesiapa ambil peduli mengenai kebajikannya, adalah antara ribuan warga asing yang terkandas di pusat berpunca coronavirus baharu (2019-NCoV).

“Saya mungkin kebuluran atau terkena jangkitan dan mati,” kata pekerja kilang yang kini mengandung dua bulan.Setakat ini, lebih 170 orang terkorban akibat virus terbabit, yang turut menjangkiti lebih 7,700 orang di serata dunia, kebanyakannya di China.

Jangkitan dikesan sejauh Emiriah Arab Bersatu (UAE), Finland dan AS tetapi semua kematian setakat ini berlaku di China.

Tindakan China mengenakan perintah berkurung di Wuhan dan kawasan sekitarnya mengakibatkan jutaan orang terperangkap termasuk warga asing, dalam usaha mengekang penularan virus itu.

Aphinya tiba di China dua minggu lalu untuk mengahwini suami warga China di Xiantao, kira-kira 200 200 kilometer (km) dari Wuhan, yang kini bagaikan ‘bandar berhantu’ dengan semua premis perniagaan ditutup.

Beliau kini risaukan kesihatan bayi yang dikandungnya dan terdesak mendapatkan bantuan kerajaannya untuk kembali ke Thailand, yang sejak beberapa hari lalu memberi alasan sedang menunggu kebenaran kerajaan China bagi memindahkan 65 warganya dari Wuhan.

Sementara itu, pelajar perubatan warga Thailand, Badeephak Kaosala, terpaksa mengunci diri dalam biliknya dengan bekalan air dan makanan yang semakin berkurangan.

Beliau kecewa melihat negara lain membawa pulang rakyat mereka tetapi tiada khabar daripada kerajaan Thailand.

Warga Pakistan, Ruqia Shaikh, 33, yang terperangkap berikutan perintah berkurung kerana sedang melawat rakannya ketika ia diisytiharkan, berkata kekecewaan dan rasa panik semakin memuncak.

Pihak berkuasa di Islamabad, Pakistan, berkata ada sekitar 500 pelajar negara itu di Wuhan dan setakat ini, empat disahkan dijangkiti coronavirus.

“Mereka yang berkeluarga terdesak untuk keluar tetapi ada pelajar lebih rela berada di Wuhan daripada kembali ke Pakistan di mana kemudahan perubatan tidak begitu baik.

“Negara kami tidak berupaya merawat coronavirus,” katanya. – AFP.

Shares