Roti Susu

Coronavirus: Angka Kematian Meningkat Kepada 425 Kes Coronavirus: Angka Kematian Meningkat Kepada 425 Kes
BEIJING: Jumlah kematian susulan penularan wabak coronavirus meningkat kepada 424 kes, peningkatan sebanyak 64 kematian direkodkan hari ini. Dalam kemaskini harian, angka direkodkan suruhanjaya... Coronavirus: Angka Kematian Meningkat Kepada 425 Kes

BEIJING: Jumlah kematian susulan penularan wabak coronavirus meningkat kepada 424 kes, peningkatan sebanyak 64 kematian direkodkan hari ini.

Dalam kemaskini harian, angka direkodkan suruhanjaya kesihatan di Hubei itu disifatkan sebagai paling teruk ekoran penularan wabak dikenali 2019-nCoV itu. Angka itu turut merekodkan jumlah jangkitan ekoran penularan wabak itu meningkat kepada 2,345 kes baharu. – AFP

Baca Juga : Rakyat Malaysia dari Wuhan selamat tiba di KLIA

KUALA LUMPUR: Pesawat AirAsia AK8264 yang membawa pulang rakyat Malaysia dari Wuhan, China tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada jam 5.57 pagi tadi. Penumpang dan kru pesawat khas berkenaan, terus dibawa ke Unit Kecemasan Udara, KLIA untuk tapisan kesihatan.

Pesawat berkenaan membawa pulang 133 individu, masing-masing 107 rakyat Malaysia yang berdepan perintah berkurung di bandar raya dalam wilayah Hubei; enam anggota pasukan petugas dan 20 anggota misi berkenaan.

Difahamkan, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung baki rakyat Malaysia yang tidak dibawa pulang dari Wuhan dalam masa terdekat.

Semalam, pesawat A320 dilaporkan berlepas ke Wuhan dari klia2 untuk membawa pulang 116 rakyat Malaysia, pada jam 4.38 petang. Pesawat berkenaan turut membawa bersama 500,000 sarung tangan getah sebagai sumbangan kepada kerajaan China dalam operasi menangani penularan coronavirus (2019-nCoV).

Semua penumpang terbabit akan melalui tapisan kesihatan mengikut pihak penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Tianhe, Wuhan, sebelum dibenarkan memasuki pesawat untuk berlepas balik ke Malaysia.

Shares