Roti Susu

Wabak Coronavirus: China Terdesak Perlukan Bekalan Topeng Muka Wabak Coronavirus: China Terdesak Perlukan Bekalan Topeng Muka
BEIJING: China hari ini memberitahu bahawa mereka amat memerlukan peralatan perlindungan kesihatan, susulan penularan wabak berjangkit coronavirus yang sudah mengatasi krisis Sindrom Pernafasan Akut... Wabak Coronavirus: China Terdesak Perlukan Bekalan Topeng Muka

BEIJING: China hari ini memberitahu bahawa mereka amat memerlukan peralatan perlindungan kesihatan, susulan penularan wabak berjangkit coronavirus yang sudah mengatasi krisis Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS), apabila lebih 17,000 penduduk sudah dijangkiti.

Ketakutan terhadap virus berkenaan mendorong orang ramai di negara dengan kepadatan 1.4 bilion penduduk itu untuk memborong topeng pernafasan pakai buang, menyebabkan petugas kesihatan di barisan hadapan berdepan masalah kekurangan peralatan itu.

“Apa yang amat diperlukan ketika ini adalah topeng muka, sut perlindungan dan cermin mata keselamatan.” kata jurucakap kementerian luar, Hua Chunying dalam satu taklimat media.

Menurut kementerian perindustrian, kilang di China hanya mampu mengeluarkan kira-kira 20 juta topeng sehari.

Kementerian Luar berkata, negara asing seperti Korea Selatan, Jepun, Kazakhstan dan Hungary turut menghulurkan bantuan dengan menyumbang topeng muka.

Tian Yulong dari kementerian perindustrian terdahulu hari ini berkata, pihak berkuasa mengambil pendekatan membawa masuk topeng dari Eropah, Jepun dan Amerika Syarikat (AS), sambil menambah, permintaan dan penawaran di China kekal seimbang apabila kilang kembali memulakan operasi selepas cuti perayaan Tahun Baharu Lunar.

Katanya, semua premis berkenaan beroperasi dengan kapasiti antara 60 hingga 70 peratus.

Selain Hubei yang memiliki kepadatan 50 juta penduduk, beberapa wilayah lain melaksanakan pendekatan mewajibkan penduduk menggunakan topeng muka ketika berada tempat terbuka.

Ia termasuk Guandong, Sichuan, Jiangxi, Liaoning dan Nanjing, dengan jumlah keseluruhan penduduk di semua wilayah terbabit mencecah 300 juta. – AFP

Shares