Roti Susu

“Saya Terkejut Sebab…”- Che Ta Datang Serbu Kolej Anaknya “Saya Terkejut Sebab…”- Che Ta Datang Serbu Kolej Anaknya
Pelakon Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta pertama kali membuat kejutan ke kolej anak lelakinya, Aniq Ezzra, 22. Aniq yang... “Saya Terkejut Sebab…”- Che Ta Datang Serbu Kolej Anaknya

Pelakon Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta pertama kali membuat kejutan ke kolej anak lelakinya, Aniq Ezzra, 22.

Aniq yang ketika itu berada di kelasnya terkejut kerana Che Ta bukan sahaja keseorangan malah bersama ahli keluarga yang lain.

“Saya terkejut sebab mereka tak pernah buat macam ni tapi saya anggap ia satu kejutan yang tak boleh dilupakan,” katanya

Kejutan itu merupakan cabaran yang perlu dilakukan oleh mereka dalam program reality The House musim ketiga (The House 3) episod 4.

The House 3 merupakan program realiti yang bersiaran di Astro Gempak pada tahun 2017.

Selain kisah Che Ta, The House turut memaparkan ragam dan kisah ahli keluarga Che Ta yang lain seperti Zain Saidin sebagai seorang suami yang romantik yang berusaha keras dalam bidang perniagaan yang diceburi serta tiga cahaya matanya.

Beliau termasuk Ammar Effendy dan Aniq Ezzra sebagai anak bujang Che Ta daripada perkahwinannya yang terdahulu serta Aaisyah Dhia Rana yang comel yang bijak bergaya.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini Astro Gempak akan menayangkan kembali drama siri realiti The House dari semua musim untuk mengisi masa lapang anda di rumah.

Tonton The House yang ditayangkan menerusi Gempak Duduk Rumah di portal Astro Gempak!

Shares