Cara Reset ID Atau Password i-Akaun KWSP Sekiranya Anda Lupa

I-Akaun

Apa Itu i-Akaun KWSP

i-Akaun adalah untuk memudahkan urusan pengurusan wang EPF KWSP, ahli digalakkan untuk register supaya mudah untuk melakukan semakan dan juga update terkini.

Kemudahan yang ditawarkan oleh i-Akaun KWSP

  1. Kemaskini maklumat peribadi
  2. Semakan kelayakan pengeluaran
  3. Semakan baki simpanan
  4. Semakan penyata KWSP akaun 1 dan 2
  5. Semakan rekod caruman
  6. Transaksi caruman KWSP terkini

Perkara Yang Diperlukan Sebelum Cara Reset

  • Mempunyai i-Akaun KWSP
  • Merupakan ahli KWSP
  • Mempunyai nombor telefon yang aktif dan telah berdaftar dengan i-Akaun KWSP untuk urusan TAC

PENTING !

Pendaftaran nombor telefon boleh dilakukan di mana-mana Kios atau Kaunter KWSP.

Cara Reset ID / Kata Laluan

Panduan ini terbuka kepada ahli yang memiliki masalah seperti lupa ID serta kata laluan sahaja. Sekiranya anda belum memiliki akaun anda perlu mendaftar dahulu di kiosk KWSP berdekatan anda.

Berikut adalah cara reset :

  • Layari laman web rasmi KWSP : https://www.kwsp.gov.my
  • Klik Log Masuk ke i-Akaun (Ahli)
  • Klik Lupa ID Pengguna / Kata Laluan ?
  • Pilih salah satu bantuan yang diperlukan (ID Pengguna Sahaja / Kata Laluan Sahaja / ID Pengguna dan Kata Laluan)
  • Sila isi nombor kad pengenalan ahli atau nombor EPF (nombor ahli KWSP)
  • Klik permohonan TAC untuk mendapatkan nombor TAC
  • Semak telefon bimbit anda yang telah didaftarkan untuk TAC dan Klik Sah
  • Makluman TAC dihantar ke nombor telefon anda.
  • Isikan 6 digit nombor TAC yang diterima melalui SMS dan Klik Seterusnya
  • Cipta Kata Laluan Baharu
  • Skrin pengaktifan berjaya akan dipaparkan
  • Ahli boleh terus login.

Info Penuh Di  : Kerjasemasa.com