Roti Susu

Cara Lajukan Kipas Yang Slow Dengan Modal RM5, Tak Perlu Buang Duit Beli Yang Baru ! Cara Lajukan Kipas Yang Slow Dengan Modal RM5, Tak Perlu Buang Duit Beli Yang Baru !
Cara Lajukan Kipas Yang Slow. Tak Perlu Buang Duit Beli Yang Baru, DIY Dengan Bajet RM5 Jer, Cukup Mudah & Menjimatkan! Kipas siling di... Cara Lajukan Kipas Yang Slow Dengan Modal RM5, Tak Perlu Buang Duit Beli Yang Baru !

Cara Lajukan Kipas Yang Slow. Tak Perlu Buang Duit Beli Yang Baru, DIY Dengan Bajet RM5 Jer, Cukup Mudah & Menjimatkan!

Kipas siling di rumah akan menjadi semakin perlahan selepas diguna beberapa tahun. Walaupun kelajuannya dilaras pada tahap maksimum, tetapi kapasitor yang terdapat pada motor kipas tersebut membuatkan ia menjadi sedemikian.

Nilai Farad pada kapasitor tersebut telah berkurangan dan ini menyebabkan kelajuan kipas semakin berkurangan. Untuk membaiki kipas yang menjadi semakin perlahan itu, hanya gantikan sahaja kapasitor ini dengan yang baru.

Malah, kaedah ini cukup menjimatkan, anda hanya keluarkan modal dalam RM 5.00 sahaja. Mudah kan, tak perlu beli kipas baru, tukar barang ni jer!

Cara lajukan kipas :

1. Mula-mula buka bawah ni ikut arah lawan jam.. sebab board dan kapasitor dok dalam ni

2. Bila buka dia terburai macam ni la.. ada klip tu, tekan klip tu supaya kita boleh bawa turun belas ni

3.Bila dah bawa turun letak atas lantai.. cari kapasitor kipas, kapasitor kipas ni dah terbakar.. yang ada wayar kelabu dan merah tu.. cabut kapasitor tu dan p kedai beli.. yang dulu 2.0 ja saya beli 2.5 laju sikit

4. Ini adalah kapasitor yang lama.. yang baru saya lupa nak snap sebab kalut dengan anak.. saya bawa p kedai cari jenis ni tak ada, jadi saya beli yang lain.. wayar dia saya sambung.. tgk dalam pic seterusnya

5. Ok..nampak tak kapasitor baru yang saya pasang.. disebabkan wayar tu takdak jadi saya sambungkan saja wayar kapasitor baru dgn wayar lama.. balut dengan selotep hitam.. dan pasang balik..

6. Lepastu, tutup bekas tu dan pasang balik 3 skru tu balik.. dan pasang macam mula-mula bukak tadi.. dan siappp

7. Ni hasilnya, alhamdulillah laju betoi kipas ni pusing.. terima kasih semua..

Sumber : Kelab Kaki DIY / Keluarga

Shares