Roti Susu

Selepas Netizen Seru Sokong Butik Ust Ebit Lew, Tiba-Tiba Ust Ebit Mohon Pertolongan Selepas Netizen Seru Sokong Butik Ust Ebit Lew, Tiba-Tiba Ust Ebit Mohon Pertolongan
Netizen Seru Sokong Butik Ust Ebit Lew. Kalau anda fikir netizen tidak ada kuasa, anda harus fikir banyak kali. Boleh diibaratkan pantang dicabar, mereka... Selepas Netizen Seru Sokong Butik Ust Ebit Lew, Tiba-Tiba Ust Ebit Mohon Pertolongan

Netizen Seru Sokong Butik Ust Ebit Lew. Kalau anda fikir netizen tidak ada kuasa, anda harus fikir banyak kali. Boleh diibaratkan pantang dicabar, mereka terus menyahut. Pantang buat salah sikit memang satu per satu dibongkarnya.

Dunia di hujung jari menyebabkan rakyat kita mudah menerima sesuatu maklumat. Namun harus diingat, kerana dunia di hujung jari ni juga lah kita perlu jaga tutur kata dan budi bicara.

Lihat sahaja kejadian beberapa hari lepas berkaitan sebuah jenama pembekal kain yang terkenal di Negara kita yang telah menyentuh isu bangsa Melayu.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai sebuah jenama pembekal kain popular yang didakwa menyentuh isu bangsa Melayu sehingga menimbulkan rasa berang dalam kalangan netizen.

Justeru, terdapat segelintir individu yang berhasrat bagi memboikot jenama tersebut dan memilih butik lain sempena menjelang bulan Syawal tidak lama lagi.

Seorang pengguna laman Facebook, Hazwan Iskandar menyeru orang ramai untuk memberi sokongan dengan membeli pakaian di butik pendakwah terkenal ustaz Ebit Lew iaitu Elew’s Design di Bangi, Selangor.

“Kepada semua umat Islam di Malaysia” “Apa kata mulai sekarang korang beli kat kedai ustaz Ebit Lew yang telah banyak membantu orang susah di negara ini.

“Mari kita beli baju kat kedai ustaz, saya mesti beli dua pasang baju raya nanti,” tulisnya menerusi group ‘Sayap Kanan Fan Club’.

Dengan sokongan padu dari netizan, Ebit Lew memuat naik satu status mencari 100 tukang jahir kerana jualan baju di kilang naik mendadak. Berikut posting Ebit Lew

“Saya perlu 100 tukang jahit di kilang saya. Jahit beribu kurta & baju melayu. Ramai sangat order. Habis baju elews design-ebitlew” Posting ringkas Ebit Lew itu telah mencapai 13 ribu perkongsian selepas 1jam dimuat naik.

Rata-rata netizen memberikan reaksi positif dimana turut menyatakan sokongan padu terhadap kenyataan Hazwan bagi membeli koleksi kurta lelaki di butik berkenaan.

 Ebit Lew

Walaubagaimanapun menerusi laman Instagram butik tersebut, sesi pembelian hanya dilakukan secara ‘online’ dan butik telah ditutup buat sementara waktu.

 Ebit Lew

Mereka yang ingin membuat pembelian masih lagi boleh dilakukan dengan melayari laman Instagram yang telah disertakan diatas.

Semoga Allah mempermudahkan urusan Ust Ebit Lew dalam perniagaan dan urusan dakwah beliau supaya lebih ramai orang yang memerlukan di Malaysia dapat dibantu oleh beliau. [ sumber ]

Shares