Roti Susu

Budak Sekolah Kahwin 2 Isteri Dalam 2 Minggu. Ini Reaksi Ibu Dia ! Budak Sekolah Kahwin 2 Isteri Dalam 2 Minggu. Ini Reaksi Ibu Dia !
Bukan seorang tetapi dua isteri hanya dalam tempoh dua minggu. Itu yang dilakukan seorang remaja lelaki yang masih bersekolah di Sekolah Menengah Vokasional apabila... Budak Sekolah Kahwin 2 Isteri Dalam 2 Minggu. Ini Reaksi Ibu Dia !

Bukan seorang tetapi dua isteri hanya dalam tempoh dua minggu. Itu yang dilakukan seorang remaja lelaki yang masih bersekolah di Sekolah Menengah Vokasional apabila menikahi dua gadis.

Lelaki berusia 18 tahun itu baru saja bernikah dengan isteri pertamanya sebelum membuat keputusan menambah satu lagi ‘cawangan’ seminggu kemudian.

Ibu Pengsan

Keputusan dibuat lelaki itu bukan saja mengejutkan isteri pertama, malah ibunya turut pengsan sebaik mendengar permintaan anaknya itu.

Kompas.com melaporkan isteri pertamanya baru saja tamat pengajian di Sekolah Menengah Rendah manakala isteri keduanya masih menuntut di Sekolah Menengah Atas.

Disebabkan anak dan menantunya masih di bawah umur, ayah lelaki terbabit bersetuju menjalankan pernikahan secara adat tanpa membabitkan pejabat pentadbiran agama.

Walaupun agak khuatir dengan tindakan anaknya itu, keluarga pengantin lelaki dan perempuan berharap bahtera rumah tangga mereka akan bahagia.

Sementara itu, isteri pertamanya kecewa dengan keputusan dibuat lelaki berkenaan, tetapi redha dengan takdir mereka.

“Saya sangka mereka hanyalah tetamu yang datang berkunjung tetapi sebenarnya keluarga isteri kedua.“Saya kecewa namun perkara ini sudah terjadi dan saya perlu berusaha untuk hidup bahagia,” katanya.

Dalam pada itu, keluarga pasangan pengantin itu juga berharap pihak sekolah tidak mengenakan sebarang tindakan kerana mereka bernikah ketika masih menuntut.

Pengajian mereka perlu diteruskan kerana ia akan digunakan untuk mendapat pekerjaan yang baik kelak.

Berikut reaksi dari netizan

“Nah aihh…dlm masa 2 minggu sudah berbini dua…tggu lg sebulan sudah cukup 4…lepas tu masuk berita pria yg berpoligami sudah cer4ikan ke4 isterinya kerana sering berantem…pria ni membuat keputusan lebih baik hidup sendiri kerana ternyata poligami itu terlalu sulit…kat Malaysia jgn buat pasai no…x dan pa lg..pelamin anganku musnah ceritanya

“lebih kurang sama kes dgn member aku kat uni dulu.bercinta dgn 2 org sekaligus..last2 pening nak kawin dgn mana satu.. last2 kawin dgn kedua2..bahagia sampai skrang.

“Harap cerita ini jadi pemba4kar semangat lelaki2 di malaysia.bawah umur dan tak punya kerja bukan alasan utk tak berkahwin.yg penting yakin dan percaya diri.persetan dgn pandangan org asal diri sendiri bahagia.kan ada yg berkata berumahtangga itu pembuka rezeki.Nota ini utk rakyat disebuah negara yg terletak nun jauh diseberang sana.

“Ko ingat senang kawin lebih daripada sorang? Hari2 kena makan tongkat ali, akar muntananah, ubi jaga, makjun tunjang bumi, akar rembat d4ra, kulit kayu pugar ladang, ramuan serbuk kayu rimau minahmau lagi, dan ketvm special edition. Mampuih la nakkkkk.

Sumber: Sinar Viral

Shares