Roti Susu

Tak Layak Dapat BPN? Rayuan BPN Kali Ke-2 Dibuka & Ini Benda Yang Korang Patut Ambil Tahu Tak Layak Dapat BPN? Rayuan BPN Kali Ke-2 Dibuka & Ini Benda Yang Korang Patut Ambil Tahu
Disebabkan ramai orang mengeluh rayuan BPN mereka ditolak. Perdana Menteri TS Muhyiddin Yassin mengumumkan korang boleh buat rayuan semula... Tak Layak Dapat BPN? Rayuan BPN Kali Ke-2 Dibuka & Ini Benda Yang Korang Patut Ambil Tahu

Disebabkan ramai orang mengeluh rayuan BPN [ Bantuan Prihatin Nasional ] mereka ditolak. Perdana Menteri TS Muhyiddin Yassin mengumumkan korang boleh buat rayuan semula bermula hari ini (11 Mei 2020).

Nampaknya PM betul-betul mendengar keluhan rakyat ni, so kalau korang antara orang yang terkesan dengan benda ni, kat bawah ni adalah benda yang korang perlu tahu pasal Rayuan BPN Kali Ke-2.

Proses rayuan BPN kali ke-2 telah pun dibuka semula bermula hari ini 11 Mei 2020 hingga 31 Mei 2020. So make sure jangan terlepas pulak ye!

1. Tarikh Rayuan BPN Kali Ke-2

Proses rayuan BPN kali ke-2 telah pun dibuka semula bermula hari ini 11 Mei 2020 hingga 31 Mei 2020. So make sure jangan terlepas pulak ye!

2. Cara nak buat rayuan

Korang boleh buat permohonan rayuan ni secara dekat portal rasmi BPN, melalui emel atau pergi sendiri mana-mana kaunter LHDN yang dekat dengan korang bermula hari ni.

3. Tarikh ikreditkan dalam akaun 

Dua tarikh ini masih belum diberitahu lagi, kemungkinan besar ia akan dibuat pada pertengahan bulan Jun atau pada bulan Julai nanti.

4. Kalau GAGAL atas alasan SSM macam mana?

Sekiranya sebab korang tak layak tu disebabkan korang atau pasangan mempunyai syarikat, korang boleh minta bantuan Geran Khas Prihatin (GPN) sebanyak RM3,000 dekat sini.

5. Alasan kenapa korang tak layak untuk dapat BPN

  • Duplikasi permohonan – Permohonan suami dan isteri telah diluluskan secara berasingan.
  • Pemohon/pasangan ada syarikat yang berdasarkan data agensi SSM
  • Pendapat melebihi kelayakan
  • Menetap di luar negara

So, kalau korang rasa alasan yang diberikan ni tak betul, buat rayuan semula. InshaAllah, kalau ada rezeki dapatlah. [ sumber ]

Shares