Roti Susu

Boleh Jadi, Tips Dan Cara Mudah Menanam Buah Naga Dalam Pasu Boleh Jadi, Tips Dan Cara Mudah Menanam Buah Naga Dalam Pasu
Buah naga atau buah pitaya berasal dari Amerika Selatan. Tergolong dalam keluarga Cactaceae, buah ini terdiri daripada buah naga isi putih (Hylocereus undatus), buah... Boleh Jadi, Tips Dan Cara Mudah Menanam Buah Naga Dalam Pasu

Buah naga atau buah pitaya berasal dari Amerika Selatan. Tergolong dalam keluarga Cactaceae, buah ini terdiri daripada buah naga isi putih (Hylocereus undatus), buah naga isi merah (Hylocereus polyrhizus) dan buah naga kuning (Selenicereus megalanthus).

Untuk memulakan Menanam Buah Naga, anda boleh mendapatkan maklumat penanaman di MARDI. Buku manual Teknologi Penanaman – Buah Naga telah dihasilkan oleh pihak MARDI bagi membantu para petani yang berminat untuk mengusahakannya.

Sesuai ditanam di kawasan tropika atau sub-tropika dengan taburan hujan di antara 500 hingga 1,500 mm dan nilai pH tanah iaitu 5 hingga 7, tanaman buah naga mula diperkenalkan di Malaysia sekitar tahun 1999.

Ia memerlukan suhu sekitar 20 hingga 30 darjah Celsius dan sekurang-kurangnya tujuh jam sinaran matahari. Tanah berpasir dan tanah loam berpasir yang padat bahan organik paling sesuai untuk tanaman ini.

Buah naga ditanam menerusi keratan batang yang diambil dari dahan cabang pokok induk. Keratan hendaklah berwarna hijau, berduri di bahagian ruas dan berbentuk lurus melebihi saiz sebatang pensil iaitu sekitar 5 hingga 10mm. Paling penting, keratan batang perlulah bebas penyakit dan memiliki permukaan yang bersih.

Ingin menanam buah naga dalam pasu? anda boleh ikut cara ini :

1. Guna gelen atau drum terpakai, dipotong dan tebuk lubang 1/2″ dibawahnya sebanyak 8~12.

2. Isi pasir sungai sampai hampir penuh dan pilih 4 batang buah naga yang pernah berbuah dan dikat dengan sebatang kayu belian ditengah sebagai tiang sokongan.

3. Tanam pokok buah naga dalam pasu mudah dikendali juga jimat baja dan tidak memerlukan tanah yang luas. Penyiraman tidak perlu setiap hari, cukup ala kadar sahaja.

4. Pokok buah naga adalah dari keluarga kaktus, jadi ia tidak memerlukan air yang banyak dan amat sesuai ditanam dengan pasir. Pokok ini sesuai ditanam di bawah matahari yang panas.

5. Tabur dengan baja buah NPK 12:12:17 sekali dalam 2 bulan supaya pokok berbuah. Tanam begini dalam pasu sebagai tanaman hiasan atau sebagai satu hobi amat menyeronokkan.

Semoga bermanfaat, jangan lupa share di facebook terima kasih – Sifudurian