Roti Susu

Biodata Dan Latar Belakang Pelawak Fad Bocey Biodata Dan Latar Belakang Pelawak Fad Bocey
Muhammad Fadzlie bin Mohd Nizam atau nama popularnya, Fad Bocey merupakan seorang pelawak, pelakon dan penyampai radio Malaysia. Kariernya mula berkembang selepas penyertaan dalam... Biodata Dan Latar Belakang Pelawak Fad Bocey

Muhammad Fadzlie bin Mohd Nizam atau nama popularnya, Fad Bocey merupakan seorang pelawak, pelakon dan penyampai radio Malaysia.

Kariernya mula berkembang selepas penyertaan dalam pertandingan Bintang Mencari Bintang musim pertama terbitan TV3, sebelum menjadi salah seorang daripada ahli kumpulan Bocey bersama Abam dan Fad.

Biodata

  • Nama sebenarnya, Muhammad Fadzlie bin Nizam.
  • Menggunakan nama komersial, Fad Bocey. Juga dikenali sebagai Fad Bocik.
  • Berumur 29 tahun.
  • Lahir pada 13 Februari 1991 di Gelang Patah, Johor Bahru, Johor.
  • Bergiat dalam dunia hiburan sebagai pelawak, pelakon dan juruhebah radio sejak tahun 2013 .
  • Menganggotai kumpulan lawak trio, Bocey yang turut disertai Achey dan Abam.
  • Bakatnya dicungkil daripada rancangan pencarian bakat TV3, Bintang Mencari Bintang musim pertama pada 2013, bersama kumpulan Bocik yang meletakkan mereka di kedudukan kedua.
  • Turut menganggotai kumpulan Selak dalam program Raja Lawak musim keenam pada 2012.
  • Membintangi filem Hantu Tok Mudim, Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa, Suatu Malam Kubur Berasap 2, Warna Cinta Impian dan Zack Kapcai.
  • Termasuk telefilem Samba Bola Kampung, Homestay Berhantu, Bocey Beraya, Salah Susuk Raya, Bocey Mencecey dan Tiga Bahadol, selain sitkom Bocey & Friends.
  • Akaun Instagramnya atas nama @fadbocey sehingga kini mencatatkan lebih 2.3 juta pengikut.

Kehidupan Peribadi

  • Anak kepada pasangan Mohd Nizam bin Mohd Khalid (bapa) dan Mutiara binti Mohammed (ibu).
  • Mendirikan rumah tangga dengan Nur Syahirah A. Rahman yang merupakan adik angkat kepada pelawak Jihan Muse pada 14 Mac 2015 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang zuriat iaitu Favian Adrazin Hayyan, Favian Adrazin Zayyan dan Nur Aminah Mishall.
  • Pada 10 Februari 2020, rakan seperjuangannya, Syed Umar Moktar atau Abam Bocey menghembuskan nafas terakhir sewaktu sedang tidur di kediamannya di Gombak selepas mengalami demam panas.

Pencapaian Karier

2013

  • Naib Juara Bintang Mencari Bintang (Kumpulan Bocik)
  • Tempat Ketiga Maharaja Lawak Mega (Kumpulan Bocey)

2014

  • Tempat Kelima Maharaja Lawak Mega (Kumpulan Bocey)

2015

  • Tempat Kelima Juara Parodi (Kumpulan Righthanded)

2016

  • Juara Maharaja Lawak Mega (Kumpulan Bocey)
  • Tempat Keempat Super Spontan Superstar

2017

  • Juara Maharaja Lawak Mega (Kumpulan Bocey)

2018

  • Juara Super Spontan Xtravaganza
  • Naib Juara Maharaja Lawak Mega (Kumpulan Bocey)

2019

  • Tempat Ketiga Maharaja Lawak Mega

Sumber: Iluminasi.com

Shares