Roti Susu

Nanti Dah Besar, Saya Dengan Bini Sama Bilik Dengan Ibu, Zarina Zainuddin Nanti Dah Besar, Saya Dengan Bini Sama Bilik Dengan Ibu, Zarina Zainuddin
Pelakon Zarina Zainuddin terkejut dengan jawapan anaknya, Muhammad Adam Azrai selepas meminta menemaninya tidur di dalam bilik. Anaknya yang baru berusia 13 tahun itu... Nanti Dah Besar, Saya Dengan Bini Sama Bilik Dengan Ibu, Zarina Zainuddin

Pelakon Zarina Zainuddin terkejut dengan jawapan anaknya, Muhammad Adam Azrai selepas meminta menemaninya tidur di dalam bilik.

Anaknya yang baru berusia 13 tahun itu dengan spontan memberitahu dia dan bakal isterinya nanti akan tidur bersama ibunya bila sudah besar nanti.

Zarina memuat naik paparan skrin perbualannya bersama anaknya itu di akaun Instagram miliknya. Zarina tidak menyangka kata-kata itu keluar dari mulut anaknya.

“Kita suruh dia teman kita, dia bahasakan kita pulak,” tulisnya dalam kapsyen. Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata akui lucu melihatnya.

“Hahaha ini comel.“hahaha adoi anak, boleh bikin kepala pening. “Adoi nak tergelak baca,” komen antara pengikutnya.

 

View this post on Instagram

 

kita suh dia teman kita dia bahasakan kita pulak 😢😢😢

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

Untuk rekod, Zarina Zainuddin berkahwin dengan Datuk Seri Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993, sekali gus menjadi isteri kedua.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu pasangan kembar Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, 23 , Muhammad Naim Azraidan, 16, dan Muhammad Adam Azrai, 13 tahun.

Sumber: Gempak.com

Shares