Roti Susu

“Biarlah Suami Nak Cium, Sudah Lama Teman Tak Merasa” “Biarlah Suami Nak Cium, Sudah Lama Teman Tak Merasa”
Baru saja melayari bahtera rumah tangga, bagaimanapun perkongsian video oleh Elly Mazlein memaparkan suaminya Mohamad Azlan mencium tengkuk ketika pelakon dan penyanyi itu sedang... “Biarlah Suami Nak Cium, Sudah Lama Teman Tak Merasa”

Baru saja melayari bahtera rumah tangga, bagaimanapun perkongsian video oleh Elly Mazlein memaparkan suaminya Mohamad Azlan mencium tengkuk ketika pelakon dan penyanyi itu sedang memasak disifatkan keterlaluan.

Malah ada netizen beranggapan aksinya berlebih-lebihan dan mengada-ngada. Tidak kurang juga ada yang mengatakan biasalah di awal perkahwinan semuanya nampak indah belaka.

Tidak mudah melatah dengan kecaman dilemparkan netizen, Elly memuat naik satu video membalas semula kutukan dan sindiran dalam loghat Perak dan Kelantan yang ternyata menghiburkan para peminatnya.

“Hey kamu, Maznah Tinah, saya perhati saja kamu. Nak marah pun ada. Tapi malas nak marah. Kita orang Perak tak suka gaduh. Pula sekarang, kita sudah campur Kelantan. ‘Ambo ore Kelate’ juga sekarang ni…

“Kamu, jangan sakit hati. Biarlah suami teman nak cium belakang tengkuk. Sudah lama teman tak merasa. Biarlah teman bahagia. Gedik pun seronok juga kadang-kadang wahai kamu,” kongsinya.

Elly berkata, kata-kata cercaan seorang wanita di media sosial mengenainya tidak memberi kesan padanya. Dalam pada itu, Elly turut berpesan berfikirlah terlebih dahulu sebelum memberikan komen di media sosial.

“Tak apalah, teman tak rasa apa-apapun. Teman tak kisah. Tetapi, kalau nak tulis atau menaip, fikirlah dulu. Kamu, janganlah buat perangai. Biarlah teman nak buat apa sekalipun, usah sakit hati. Apapun kamu, teman tak marah. Teman suka,” katanya.

Sumber- Rotikaya.com

Shares