Roti Susu

‘Bertiga Itu Sementara, BOCEY Itu Selamanya’- Fad Ziarah Kubur & Janji Jaga Anak Abam ‘Bertiga Itu Sementara, BOCEY Itu Selamanya’- Fad Ziarah Kubur & Janji Jaga Anak Abam
Umum mengetahui, Fad Bocey menerima berita pemergian arwah Abam ketika bercuti bersama keluarganya di Tokyo, Jepun. Perasaan terkilan kerana tidak dapat hadir bertemu arwah... ‘Bertiga Itu Sementara, BOCEY Itu Selamanya’- Fad Ziarah Kubur & Janji Jaga Anak Abam

Umum mengetahui, Fad Bocey menerima berita pemergian arwah Abam ketika bercuti bersama keluarganya di Tokyo, Jepun. Perasaan terkilan kerana tidak dapat hadir bertemu arwah buat kali terakhir merupakan perkara yang terawal yang diluahkan oleh Fad meskipun dia cuba membeli tiket penerbangan yang paling awal untuk pulang ke tanah air.

Walau bagaimanapun, Fad Bocey telah selamat sampai ke tanah air pada pukul 1.00 pagi semalam dan dia disambut oleh rakannya Achey. Menerusi Instagram, pelawak itu memuat naik satu video di mana dia menziarahi pusara Abam. Sedihnya!

 

View this post on Instagram

 

Ddy jaga hamzah ye nak,anak ddy 4 org sekarang😊😘 #kitabaikramaisayang #syeduthmanhamzah

A post shared by FAD & SYAHEERA (@fadbocey) on

Menerusi Instagram Fad, dia memuat naik satu video di mana dia menziarahi kubur Abam bersama Achey. Video tersebut menunjukkan Fad kelihatan sedih sambil Achey memberi kekuatan buatnya. Menurut Fad, hubungan di antara mereka bertiga hanyalah sementara. Manakala, kumpulan Bochey itu akan kekal selamanya meskipun Abam sudah tiada.

Melalui posting Fad yang lain, dia memuat naik foto bersama anak Abam iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang berusia lima bulan itu. Sebagai seorang sahabat yang dianggap sebagai darah daging oleh Abam, dia berjanji akan menjaga Hamzah seperti anak kandungnya sendiri. Kini, dia memberitahu bahawa dia mempunyai empat orang anak.

Di Instagram Syed Ali pula, dia memuat naik semula foto kenangan bersama arwah abangnya itu. Dia memberitahu bahawa suatu hari nanti mereka akan bertemu jua. Pada masa yang sama, dia menceritakan bahawa abangnya itu sering berkongsi rezeki buat emak dan mereka adik beradik jika memenangi sesuatu anugerah mahupun mempunyai rezeki yang lebih. Namun, itu semua bakal menjadi kenangan buat dirinya dan keluarga selepas ini.

Sumber

Shares