Roti Susu

Selepas ramai frust semalam, kali ini tentu berita yang ditunggu-tunggu! Selepas ramai frust semalam, kali ini tentu berita yang ditunggu-tunggu!
KERAJAAN akan membuat beberapa pengumuman  berita penting esok termasuk mengenai golongan bujang yang sekian lama tidak dibenarkan merentas negeri dan pulang ke kampung halaman... Selepas ramai frust semalam, kali ini tentu berita yang ditunggu-tunggu!

KERAJAAN akan membuat beberapa pengumuman  berita penting esok termasuk mengenai golongan bujang yang sekian lama tidak dibenarkan merentas negeri dan pulang ke kampung halaman sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan Mac lalu.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berita  pengumuman berkenaan akan disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada Ahad.

“Untuk orang bujang dan sebagainya merentas negeri, saya difahamkan esok perdana menteri akan umum sesuatu. Kita tunggu .

“Saya takut nanti saya umum, berbeza pula dengan PM, ataupun nanti saya umum lebih awal dari PM pula.

“Esok PM akan umumkan sesuatu. Tentu sahaja banyak perkara akan disebut. Untuk orang bujang sabar sehingga esok,” katanya dalam sidang media pada petang Sabtu.

Minggu lalu, Ismail meminta golongan berkenaan memberi masa kepada kerajaan sebelum kelonggaran diberi untuk perjalanan rentas negeri bagi mereka menziarahi ibu bapa di kampung.

Semalam, ramai rakyat Malaysia melahirkan rasa hampa kerana mengharapkan berita perdana menteri mengumumkan mengenai PKPB sama ada ia ditamatkan atau dilanjutkan.

Malahan, hal berkaitan pembukaan sekolah juga dinanti-nantikan ketika ini kerana garis panduan sudah tersedia, manakala pihak guru juga telah diminta ke sekolah untuk membuat persiapan kedatangan pelajar khususnya tingkatan lima dan enam. – mSTAR

Shares