Roti Susu

“Berapa Banyak Gaji Dia Pun Saya Tak Tahu” Syifa Melvin Nafi Minta Duit Safawi Untuk Sara Hidup ! “Berapa Banyak Gaji Dia Pun Saya Tak Tahu” Syifa Melvin Nafi Minta Duit Safawi Untuk Sara Hidup !
Kecoh semalam apabila Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim mendedahkan terdapat seorang pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) yang dipaksa... “Berapa Banyak Gaji Dia Pun Saya Tak Tahu” Syifa Melvin Nafi Minta Duit Safawi Untuk Sara Hidup !

Kecoh semalam apabila Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim mendedahkan terdapat seorang pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) yang dipaksa untuk berkahwin oleh teman wanitanya.

Walaupun TMJ tidak mendedahkan siapa gerangan individu tersebut, netizen mula mengaitkannya dengan pemain yang sedang meningkat naik, Safawi Rasid. Berikutan kekecohan tersebut, kekasih kepada Safawi, pelakon Syifa Melvin tampil menjelaskan keadaan di Instagram miliknya.

Menurut Syifa, apa yang berlaku di atas padang tidak ada kena mengena dengan soal peribadi kerana dia tidak pernah mengusik hal kerjaya Safawi, malah sentiasa mendoakan dan memberi sokongan.

Kata Syifa, dia menjaga Safawi dengan baik kerana tidak mahu kerjaya pemain berstatus bintang itu terjejas seperti dulu apabila sering dikaitkan dengan isu skandal bersama selebriti.

“Kalau dia rasa saya mengawal hidupnya, pasti sudah lama dia angkat kaki. Tapi, kenapa dia masih mempertahankan hubungan ini? Dia sudah dewasa dan matang untuk membezakan hubungan yang baik dan buruk,” kongsi Syifa ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Syifa atau sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, sekiranya dia memberi tekanan kepada Safawi sudah pasti pemain itu ‘angkat kaki’ dan memilih untuk tidak bersamanya.

Tambah Syifa, dia sedih apabila dituduh menjadi penyebab kepada prestasi menurun Safawi dalam tiga aksi skuad Harimau Selatan. Lebih menyedihkan, dia juga dikatakan hanya mahu menumpang di atas kekayaan dan populariti Safawi sebagai pemain bola sepak.

“Berapa banyak gaji dia pun saya tak tahu. Saya bekerja siang dan malam untuk mencari rezeki dan duit sendiri. Tak pernah sekali pun saya minta duit dia untuk sara hidup.

“Demi Allah, saya tak pernah paksa dia berkahwin kerana saya tahu tanggungjawab dia besar. Dia mempunyai 13 adik-beradik dan saya faham apa yang dia hadapi,” kata Syifa lagi.

Namun tambah Syifa lagi, dalam setiap perhubungan pasti ingin dihalalkan. Malah, perancangan untuk berkahwin sebenarnya disuarakan terlebih dahulu oleh Safawi ketika hubungan mereka mula serius.

Dalam pada itu, Syifa juga percaya apa yang dikatakan Safawi kepada Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor menerusi perbualan WhatsApp adalah ketika mereka mempunyai masalah tahun lalu.

Semalam, Safawi juga turut membuat permohonan maaf di atas prestasinya yang dikatakan merosot di atas padang. Namun tidak dinyatakan kenapa prestasinya itu menurun. – Gempak.com

Shares