Roti Susu

Bengang isteri tuntut cerai, suami cekik anaknya berusia 5 tahun sampai mati Bengang isteri tuntut cerai, suami cekik anaknya berusia 5 tahun sampai mati
Perasaan marah yang tidak terkawal boleh mendorong seseorang itu bertindak di luar kawalan tanpa berfikir panjang, termasuk membunuh orang lain. Musadi, 39, dari Jambi,... Bengang isteri tuntut cerai, suami cekik anaknya berusia 5 tahun sampai mati

Perasaan marah yang tidak terkawal boleh mendorong seseorang itu bertindak di luar kawalan tanpa berfikir panjang, termasuk membunuh orang lain.

Musadi, 39, dari Jambi, Indonesia ditahan polis pada Sabtu 1 Februari 2020 kerana disyaki membunuh anak kandungnya berusia lima tahun kerana tidak dapat menerima permintaan isterinya yang mahu bercerai.

Terdahulu, jiran mereka, Mustofa, menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi rumah penduduk pada Khamis 30 Januari 2020. Mustofa menyangka mangsa tertidur lalu memaklumkan kepada ibunya.

Setelah datang menghampiri anaknya, Rina Kasturi terkejut apabila mendapati anaknya itu sudah tidak bernyawa dan mengesyaki mangsa dibunuh oleh suaminya.

Ketika disoal siasat, Musadi mengaku dia membunuh mangsa kerana dia tidak mahu menurut perintahnya.

Musadi berkata, selepas dia pulang dari mendulang emas, dia meminta Rina membuatkan air teh. Tetapi Rina menolak dan meminta Musadi membuat airnya sendiri dan dalam masa yang sama Rina berkata dia tidak mahu lagi menjadi isteri Musadi.

Musadi kemudian mahu membawa anaknya ke pasar, tetapi dilarang oleh Rina. Musadi nekad membawa anaknya keluar tetapi bukan ke pasar, sebaliknya ke kebun yang terletak di belakang rumah.

Ditangkap karena membunuh anaknya di desa seringat krc sungai manau.

Kabar pontianak : Musadi (39) warga desa seringat kec sungai manau di tangkap satreskrim polres waringin di desa bedengrejo kec bangko barat. karena tersangka mencekik anak kandungnya nurdiana yang berusia 5tahun hingga tewas hanya karena cek cok dengan istrinya sendiri.

Posted by Kabar Pontianak on Ahad, 2 Februari 2020

Musadi meminta anaknya mencari buah mangsa di kebun itu sebelum mengambil kesempatan untuk mencekik leher mangsa dari belakang sehingga mati.

Musadi membunuh mangsa pada jam 12 tengah hari dan menggendong mayat mangsa selama sehingga waktu malam di kebun itu sebelum meninggalkan mayat mangsa tidak jauh dari rumahnya, lalu melarikan diri.

Polis berjaya mengesan suspek yang bersembunyi di satu kawasan dan terpaksa melepaskan satu das tembakan terhadap suspek yang cuba melarikan diri dari ditahan.

Kes itu kini sedang disiasat dan polis mengesahkan suspek tidak mempunyai masalah mental berdasarkan soalan yang diajukan semuanya dijawab dengan baik. Sumber: Sosok

Shares