Roti Susu

Bengang gelagat lelaki tak dikenali dalam tren, wanita ini beranikan diri ‘sound’ suspek! Bengang gelagat lelaki tak dikenali dalam tren, wanita ini beranikan diri ‘sound’ suspek!
TANGGAL 8 Mac merupakan Hari Wanita Sedunia yang disambut setiap tahun bagi meraikan golongan itu yang bergelar ibu, isteri mahupun anak.Sambutan itu bagi memperjuangkan... Bengang gelagat lelaki tak dikenali dalam tren, wanita ini beranikan diri ‘sound’ suspek!

TANGGAL 8 Mac merupakan Hari Wanita Sedunia yang disambut setiap tahun bagi meraikan golongan itu yang bergelar ibu, isteri mahupun anak.Sambutan itu bagi memperjuangkan hak kesamarataan antara lelaki dan wanita serta mengurangkan diskriminasi terhadap kaum hawa.

Namun, gangguan seksual tetap berlaku tanpa mengira waktu dah tempat.TANGGAL 8 Mac merupakan Hari Wanita Sedunia yang disambut setiap tahun bagi meraikan golongan itu yang bergelar ibu, isteri mahupun anak.

Sambutan itu bagi memperjuangkan hak kesamarataan antara lelaki dan wanita serta mengurangkan diskriminasi terhadap kaum hawa.Namun, gangguan seksual tetap berlaku tanpa mengira waktu dah tempat.

Mengulas lebih lanjut tentang kejadian ini, Lily memberitahu dia akan mempertimbangkan untuk membuat laporan polis memandangkan ini bukan kali pertama dia menghadapi situasi cemas seperti ini.

“Saya pernah kena kacau banyak kali termasuk masa saya kecil nak pergi mengaji dan satu lagi ketika Tingkatan Empat dalam perjalanan nak ke sekolah.”Saya kena kacau bukan dengan orang tempatan je, warga asing pun pernah ganggu saya,” katanya yang mendakwa pernah terkena gangguan seksual lebih 10 kali.

Kat Lily lagi, lelaki tersebut telah turun di stesen LRT yang sama dengannya iaitu di LRT Masjid Jamek.”Mungkin dia nak pergi kerja rasanya, tapi lepas turun tren tu dia ada datang minta maaf lagi kat saya,” jelas Lily yang terus ke lokasi untuk menyertai acara larian di ibu kota.

Mengenai posting itu juga, terdapat segelintir netizen yang menyalahkan cara penampilan Lily pada ketika itu.”Masa tu saya pakai sports attire sebab nak berlari. Saya pakai t-shirt dan seluar panjang, bukan seksi pun.

“Bagi saya, tak perlu nak salahkan penampilan mangsa. Kadang-kadang yang pakai baju kurung longgar pun kena gangguan seksual,” tambah gadis yang bekerja di sebuah restoran itu.

Dalam pada itu, Lily sempat memberi nasihat buat penumpang lain bagi mengelak kejadian sama yang dialaminya terjadi kepada orang lain.”Lepas ni kalau nak masuk tren, cari koc wanita atau gerabak yang ramai penumpang dalam tu. Rasa selamat sikit bila ramai orang.

“Berdiri berhampiran tiang dan kalau boleh tutup bahagian badan tertentu dengan beg atau jaket,” ujarnya yang berharap wanita di luar sana lebih berhati-hati dengan individu yang tidak dikenali. – Mstar

Shares