Roti Susu

Bawa Anak ‘Check-Up’, Penampilan Fazura Dipuji Cantik Walau Dalam Pantang! Bawa Anak ‘Check-Up’, Penampilan Fazura Dipuji Cantik Walau Dalam Pantang!
Figura seni yang satu ini sentiasa dinanti-nantikan kemunculannya. Sementelah kini bergelar ibu, ramai peminat yang tak sabar untuk menatap si comel yang kini menjadi... Bawa Anak ‘Check-Up’, Penampilan Fazura Dipuji Cantik Walau Dalam Pantang!

Figura seni yang satu ini sentiasa dinanti-nantikan kemunculannya. Sementelah kini bergelar ibu, ramai peminat yang tak sabar untuk menatap si comel yang kini menjadi buah hati kesayangan Nur Fazura dan Fattah Amin.

Nur Fazura atau mesra dengan panggilan Fazura selamat melahirkan cahaya mata sulung perempuan yang diberi nama Nur Fatima Aisya baru-baru ini.

Memandangkan wajah si comel belum dikongsi bersama khalayak, rata-rata taks abar menanti bahkan penampilan pertama selepas melahirkan bayinya mendapat perhatian ramai.

Terbaru, Fazura berkongsi gambar bersama Fatima yang baru selesai membuat pemeriksaan rutin di hospitaL. Santai dengan blaus rona gelap sambil membawa beg yang tertulis nama si kecil , dalam masa yang sama memegang Fatima sudah cukup melunaskan kerinduan peminat untuk menatap wajahnya.

 

View this post on Instagram

 

Out for a quick hospital visit only today. Stay safe everyone. 💖 #Repost @fattzuralovelife

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

Rata-rata memuji penampilan Fazura yang nampak kurus dan tetap cantik walaupun dalam pantang.

Sumber: Keluarga.my

Shares