Roti Susu

Bantuan Prihatin Nasional BPN – Semakan Status Dan Kemaskini Bantuan Prihatin Nasional BPN – Semakan Status Dan Kemaskini
Kerajaan telah umumkan Bantuan Prihatin Nasional BPN menerusi Pakej Ransangan Ekonomi menghadapi Covid-19 yang melanda negara. Melalui pakej tersebut, banyak inisiatif kerajaan untuk meringankan... Bantuan Prihatin Nasional BPN – Semakan Status Dan Kemaskini

Kerajaan telah umumkan Bantuan Prihatin Nasional BPN menerusi Pakej Ransangan Ekonomi menghadapi Covid-19 yang melanda negara. Melalui pakej tersebut, banyak inisiatif kerajaan untuk meringankan beban rakyat yang terkesan dengan PKP menyebabkan pendapatan harian terjejas.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mengumumkan Bantuan Sara Hidup (BSH) diteruskan mula dikreditkan mulai Julai 2020. Berikut adalah permohonan dan kemaskini BSHR kepada golongan yang berkelayakkan.

Terdapat empat kategori penerima iaitu:

Isi rumah berpendapatan RM4,000 ke bawah (B40). Isi rumah berpendatapan RM8,000 ke bawah (M40). Bujang 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,000 ke bawah dan Bujang 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,000 ke atas.

Berikut adalah kriteria kelayakan seperti berikut:

Bantuan RM1,600 akan diberikan kepada isi rumah berpendapatan RM4,000 sebulan ke bawah. RM1,000 akan dibayar pada April baki RM600 akan dibayar Mei 2020.

Dan buat pertama kalinya Bantuan Prihatian Nasional turut diberikan kepada golongan M40 iaitu sebanyak RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 sebulan.

RM500 akan dibayar pada April, baki RM500 dibayar Mei. Individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah akan dibantu RM800 di bawah skim ini.

Individu bujang berpendapatan RM2,000 ke atas turut dapat RM500 iaitu RM250 pada April manakala baki pada bulan Mei. Selain itu, para pelajar juga akan dapat bantuan RM200 secara one-off yang akan dibayar pada bulan Mei nanti

Kaedah pembayaran bagi B40 adalah seperti berikut:

Ada maklumat akaun bayaran adalah secara kredit ke akaun; atau jika status gagal kredit  bayaran adalah secara tunai di BSN dan tiada akaun bayaran adalah secara tunai di BSN.

Kaedah pembayaran M40 pula seperti berikut:

Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam BNCP terkini akan dikreditkan ke akaun ketua isi rumah. Jika taksiran bersama telah dipilih, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir.

Semakan Status Dan Kemaskini :

Semakan status Bantuan Prihatin Nasional BPN boleh dibuat di portal rasmi BSH https://bsh.hasil.gov.my

Kemaskini: Portal rasmi Bantuan Prihatin Nasional BPN kini boleh diakses di https://bpn.hasil.gov.my

Segala maklumat atau pertanyaan lanjut mengenai status dan kemaskini Bantuan Prihatin Nasional BPM anda boleh layari laman web BSH untuk maklumat terkini.

Shares