Roti Susu

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) : Cara Semak Atau Isi Permohonan Baru Bantuan Prihatin Nasional (BPN) : Cara Semak Atau Isi Permohonan Baru
PM baru telah mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dalam Pakej Ransangan Ekonomi yang mana akan dapat meringankan perbelanjaan isi rumah. Bantuan secara one-off ini... Bantuan Prihatin Nasional (BPN) : Cara Semak Atau Isi Permohonan Baru

PM baru telah mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dalam Pakej Ransangan Ekonomi yang mana akan dapat meringankan perbelanjaan isi rumah. Bantuan secara one-off ini akan dibayar bermula akhir bulan April dan Mei 2020 melibatkan peruntukan hampir RM10 bilion.

Terkini PM mengumumkan pembayaran BPN diawalkan dan akan dibayar secara berperingkat bermula 6 April (Isnin) hingga 12 April bagi penerima B40. Manakala bagi M40 pembayaran akan dibuat bermula 13 – 15 April 2020.

Jadual pembayaran seperti berikut:

Bantuan Prihatin Nasional

1. Masuk ke laman web https://bpn.hasil.gov.my – jangkakan kemasukan anda sedikit perlahan kerana trafik yang tinggi.

2. Masukkan nombor kad pengenalan anda.

3. Jika ADA REKOD, maka akan dipaparkan status anda, atau dalam proses (permohonan diterima) Bagi penerima bantuan Bantuan Sara Hidup (BSH) atau pembayar cukai pendapatan di LHDN yang menepati kriteria kelayakan, anda tidak perlu memohon, cuma semak status dan kemaskini maklumat bank anda.

4. Jika TIADA REKOD, maka anda perlu mengisi borang ringkas maklumat anda seperti nama penuh, alamat, nombor telefon dan maklumat bank anda serta pendapatan seisi rumah (anda dan pasangan) – mohon isi dengan jujur kerana pendapatan ini juga akan digunakan untuk makan minum ahli keluarga anda.

5. Sediakan awal maklumat bank anda terlebih dahulu, serta maklumat pasangan dan nombor kad pengenalan anak-anak agar bagi memudahkan anda – anak yang berusia 21 tahun pada tahun 2020 boleh memohon berasingan dalam kategori bujang, dengan syarat bukan masih belajar – pemohon warga emas sebarang kara juga dikira sebagai ‘bujang’ (takrif umur 60 tahun dan ke atas).

6. Setelah selesai, maka akan ada pengesahan dan akuan maklumat agar adalah benar dan anda tidak menipu dalam permohonan, anda akan dihukum dan boleh dipenjarakan sekiranya memberi maklumat tidak benar.

7. Hantar permohonan.

8. Semak kembali dengan memasukkan nombor kad pengenalan anda (rujuk nombor 2) – kebiasaannya maklumat anda akan dikemaskini serta-merta.

9. Tunggu bantuan dimasukkan ke bank anda pada Mei 2020 – bagi permohonan baru yang akan dibuat secara sekaligus, bagi yang sedia ada seawal April akan disalurkan.

10. Bersyukur dengan bantuan yang anda terimakerana ramai lagi di luar sana yang lebih memerlukan daripada kita.

  • Nota tambahan Bantuan Prihatin Nasional:

Bagi pasangan, jika suami telah memohon maka jika isteri memohon, maka akan keluar status “Maklumat anda telah wujud sebagai pemohon/pasangan di permohonan lain” – ini kerana bantuan ini untuk seisi rumah dan akan disalurkan kepada ketua keluarga.

Serta bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang berusia 21 tahun pada tahun 2020 dan telah memohon bawah kategori bujang, juga akan keluar status yang menyatakan bahawa maklumat anak anda telah wujud di permohonan lain.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui https://bpn.hasil.gov.my serta boleh merujuk FAQ yang disediakan jika terdapat sebarang soalan atau kekeliruan.

Shares