Roti Susu

Bantuan Kanak-Kanak JKM Sehingga RM 200 Sebulan Setiap Seorang Bermula 2021 Bantuan Kanak-Kanak JKM Sehingga RM 200 Sebulan Setiap Seorang Bermula 2021
Bantuan Kanak-Kanak. Bermula pada tahun hadapan, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan dinaikkan mengikut jenis bantuan. Bantuan Kanak-Kanak Jumlah bantuan lama : Maksimum bagi... Bantuan Kanak-Kanak JKM Sehingga RM 200 Sebulan Setiap Seorang Bermula 2021

Bantuan Kanak-Kanak. Bermula pada tahun hadapan, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan dinaikkan mengikut jenis bantuan.

Bantuan Kanak-Kanak

Jumlah bantuan lama :

  • Maksimum bagi seorang anak akan menerima RM 100.
  • Maksimum sebanyak RM 450 jika anak melebihi 4 orang.
  • Jumlah bantuan baharu (2021)
  • Kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun akan mendapat RM 150 (sebulan) seorang.
  • Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah akan mendapat RM 200 (sebulan) seorang.

Syarat Kelayakan

Berikut merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan :

    • Warganegara Malaysia
    • Menetap di Malaysia
    • Keluarga atau penjaga kepada anak berpendapatan tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), Purata Miskin Isi Rumah atau PGK Purata Miskin Per Kapita
    • Kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun
    • Bagi kanak-kanak yang berumur 18 tahun dan ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas atau mana-mana kes yang boleh dipertimbangkan.

Cara Membuat Permohonan :

LANGKAH 1 (ATAS TALIAN)

  1. Layari laman web rasmi JKM : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
  2. Klik butang Daftar Permohonan Atas Talian.
  3. Sila baca dan fahamkan notis dan butiran yang perlu diisi.
  4. Anda perlu isi dua bahagian iaitu A dan B.
  5. Setelah anda mengisi kedua-dua bahagian tersebut dengan lengkap dan sahih, anda perlu klik butang ‘Keputusan’.

LANGKAH 2 (PEJABAT JKM)

  1. Setelah berjaya langkah 1, anda perlu hadir ke Pejabat JKM mengikut kawasan yang anda telah mohon secara online.
  2. Anda perlu hadir sekurang-kurangnya 14 hari dari permohonan online dilakukan.
  3. Anda juga perlu hadir  bersama borang permohonan yang anda muat turun melalui pautan di bawah :

Anda perlu datang bersama beberapa dokumen penting seperti :

  1. Salinan MyKad pemohon.
  2. Salinan MyKad/MyKid anak jagaan.
  3. Salinan penyata pendapatan atau surat akuan berpendapatan jika bekerja sendiri.
  4. Salah satu bil utiliti seperti bil air, elektrik atau astro.

Sumber : https://www.kerjasemasa.com

Shares