Roti Susu

Bantu Warga Emas Pakai Topeng Muka, Polis Ini Terima Pujian Ramai Bantu Warga Emas Pakai Topeng Muka, Polis Ini Terima Pujian Ramai
Baru-baru ini viral sekeping gambar memaparkan seorang anggota polis sedang memakaikan topeng terhadap seorang warga emas. Gambar berkenaan mula dimuat naik di Facebook Polis... Bantu Warga Emas Pakai Topeng Muka, Polis Ini Terima Pujian Ramai

Baru-baru ini viral sekeping gambar memaparkan seorang anggota polis sedang memakaikan topeng terhadap seorang warga emas. Gambar berkenaan mula dimuat naik di Facebook Polis Daerah Ipoh, semalam.

“Pic of the day: Konstabel Mohamad Syahmin Anuar menyantuni seorang warga emas yang tidak memakai topeng muka semasa anggota tersebut membuat rondaan pemantauan di sekitar Kampung Rapat, Ipoh,” katanya pengendali akaun tersebut.

Gambar menyayat hati itu sekali gus mendapat mendapat reaksi positif netizen yang memuji tindakan murni anggota berkenaan.

Menerusi Sinar Harian, polis tersebut iaitu Mohamad Syahmin berusia 25 tahun dan kini sedang bertugas di Balai Polis Kampung Rapat.

Menurut Syahmini, ketika sedang memantau pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar Pasar Awam Gunung Rapat, wanita berusia lingkungan 80-an itu ada memegang topeng muka, namun tidak memakainya.

“Saya nampak keadaan dirinya yang sudah uzur, tangan pun terketar-ketar, mungkin susah untuk dia memakai topeng muka dengan sendiri.

“Saya tawarkan diri untuk bantu memakaikan topeng dan dia mengangguk tanda mengizinkan sebelum mengucapkan terima kasih,” katanya.

Tambahnya, dia juga sempat menasihatkan warga emas berkenaan mengenai kepentingan memakai topeng muka terutama apabila berada di tempat awam.

“Dia faham dan kerana itulah dia meminta saya bantu memakaikan topeng muka itu,” katanya. Hingga kini posting berkenaan telah menerima sebanyak 1,700 likes dan dikongsi hampir 400 kali. – gempak.com

Shares