Roti Susu

Bahaya main telefon dalam tandas… Bukan sahaja buasir, boleh sebarkan Ini Bahaya main telefon dalam tandas… Bukan sahaja buasir, boleh sebarkan Ini
Bahaya main telefon dalam tandas… bukan sahaja buasir, boleh sebarkan bakteria E.coli! PASTI ramai daripada kita yang gemar bermain dengan telefon ketika membuang air... Bahaya main telefon dalam tandas… Bukan sahaja buasir, boleh sebarkan Ini

Bahaya main telefon dalam tandas… bukan sahaja buasir, boleh sebarkan bakteria E.coli!

PASTI ramai daripada kita yang gemar bermain dengan telefon ketika membuang air besar… baik mengaku! Sampai kadang-kadang, sudah selesai pun masih duduk di mangkuk tandas sebab sibuk chat dengan kekasih.

Meskipun ia seperti tidak memberi kesan tetapi sebenarnya perbuatan itu mampu mendatangkan masalah buasir kepada anda. Dalam istilah perubatan, buasir atau disebut hemorrhoid adalah situasi di mana pembuluh darah di bahagian dubur akan membengkak.

Bermain telefon di tandas boleh memicu tekanan berlebihan pada pembuluh darah di bahagian dubur.

Menurut Dr. Karen Zaghiyan yang juga seorang pakar kolorektal menjelaskan sebenarnya tabiat bermain telefon ketika di tandas itu bukan penyebab buasir tetapi duduk terlalu lama di mangkuk tandas jadi penyebabnya.

Terlalu di dalam tandas boleh menyebabkan penyebaran bakteria E.coli.

Apabila situasi itu berlaku setiap hari, ia akan meningkatkan tekanan pada pembuluh darah di sekitar dubur. Akibatnya, bahagian dubur akan mula berasa sakit, bengkak atau berlaku pendarahan ketika membuang air besar.

Dalam pada itu, buasir bukan satu-satunya ancaman sebaliknya bakteria dapat tersebar termasuk di permukaan telefon anda. Sebuah kajian pada 2017 yang diterbitkan menerusi Jurnal Germ mendapati telefon juga dapat menampung bakteria E. coli dan kuman yang lain.

Bakteria ini boleh menyebabkan masalah penghadaman seperti sakit perut dan cirit-birit. Kajian lain pula turut mendapati permukaan telefon lebih kotor berbanding tempat duduk tandas.

Sebaik-baiknya, hindari bermain telefon di dalam tandas kerana ia bukan sahaja dapat mengurangkan risiko buasir tetapi penyebaran bakteria berbahaya. – mSTAR

Shares