Roti Susu

Azwan Ali Cerita Kenangan Bersama Allahyarham Datuk Sharifah Aini, Kisah Yang Jarang Dikongsikan… Azwan Ali Cerita Kenangan Bersama Allahyarham Datuk Sharifah Aini, Kisah Yang Jarang Dikongsikan…
Datuk Sharifah Aini is my icon.” Itu kata Azwan Ali apabila ditanya bercerita mengenai Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini apabila foto bersama arwah disuakan... Azwan Ali Cerita Kenangan Bersama Allahyarham Datuk Sharifah Aini, Kisah Yang Jarang Dikongsikan…

Datuk Sharifah Aini is my icon.” Itu kata Azwan Ali apabila ditanya bercerita mengenai Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini apabila foto bersama arwah disuakan kepadanya.

Jarang berkongsi mengenai jalinan persahabatan dengan penyanyi tersohor itu, Azwan secara eksklusif di program #MHThrowback di YouTube mendedahkan hubungannya bersama Allahyarhamah cukup rapat suatu ketika dahulu.

Bagaimanapun atas sebab tertentu, hubungan akrab di antara keduanya terputus di pertengahan jalan.

“Segala kenangan dengan arwah Datuk Sharifah Aini akan kekal abadi. Sebaklah bila teringat. Arwah buat saya macam adiknya. Jadi memang sedihlah.

“Teringat zaman arwah Datuk hubungi untuk saya ke kediamannya, kami banyak berborak dan berkongsi mengenai pelbagai perkara.

“Malah ketika itu dia siap hidangkan saya Mee Sup.

“Semoga roh dia tenang di sana. Sukar untuk cari seorang diva sepertinya yang hargai saya” katanya jujur.

Dalam nada sebak, Azwan yang sinonim digelar Diva AA juga akui dia sering mengundang bintang tersebut menerusi mana-mana program yang diterbitkannya sebelum ini.

Azwan turut menambah, dia juga tidak berkesempatan untuk menziarahi arwah ketika tidak sihat.

“Terkenangkan dia memang sedih sebab dia sudah tiada. Cuma yang sedih tu sebab ketika arwah meninggal, saya terlalu sibuk.

“Jadi sedihlah kan sebab tak pergi pun… Akan tetapi pasti ada sebab kenapa tak ada rezeki untuk ziarahi arwah meski kami baik.

“Cuma ketika dia sakit, kami terputus hubungan. Kita mahu kacau dia pun tak sesuaikan,” jelasnya lagi.

Ditanya apakah lagu kegemaran arwah, bekas hos itu menggemari lagu Selamat Hari Raya dan turut mengimbau muzik video lagu berkenaan dirakam di kediaman ibuya.

“Lunak suara sukar dicari ganti. Arwah video klip lagu itu di rumah arwah mak saya. sangat bermakna,” akhirinya.

Ikuti temu bual penuh bersamanya di sini;- Sumber

Shares