Roti Susu

“Ayuh jumpa kalau nak maki atau hina saya! Jangan di IG sebab tak gentle” “Ayuh jumpa kalau nak maki atau hina saya! Jangan di IG sebab tak gentle”
PERKONGSIAN pelawak Ali Puteh merindui Allahyarham Abam Bocey di Instagram menerima kecaman netizen yang menganggap ia sekadar ingin mencari perhatian. Malah, komen balas Ali... “Ayuh jumpa kalau nak maki atau hina saya! Jangan di IG sebab tak gentle”

PERKONGSIAN pelawak Ali Puteh merindui Allahyarham Abam Bocey di Instagram menerima kecaman netizen yang menganggap ia sekadar ingin mencari perhatian. Malah, komen balas Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 31, terhadap kecaman tersebut turut dilihat terlalu kasar.

PERKONGSIAN pelawak Ali Puteh merindui Allahyarham Abam Bocey di Instagram menerima kecaman netizen yang menganggap ia sekadar ingin mencari perhatian.

Malah, komen balas Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 31, terhadap kecaman tersebut turut dilihat terlalu kasar.

“Bismillah… ayuh berdepan. Komen-komen minta gentle, berdepan empat mata baru sedap. Saya pelawa ini, bila-bila masa tau. “Kalau nak maki atau hina saya, jangan di IG sebab tak gentle. Mesej DM saya jumpa depan-depan baru gentle.

“Ayuh!!! Jumpa… saya cabar berdepan ni. Terima kasih,” tulisnya.

Sebelum ini, Ali berkongsi foto kenangan bersama arwah Abam ketika zaman kanak-kanak selepas sebulan pemergiaan abangnya itu.Menerusi kapsyen di foto tersebut, Ali memberitahu dia dan ibunya, Sabariah Arshad merindui Abam yang meninggal dunia pada 10 Februari lalu.

Dalam pada itu, rata-rata netizen menasihatkan pelawak itu supaya bertenang dan tidak perlu melayan komen-komen negatif.

“Kau tenang saja sudah. Tak payah kelam kabut, kau pun dah berkopiah putih. Elok diam saja, jadi orang sabar. Kau buat begini buka aib kau sendiri la.

“Ali… Jangan layan netizen. Tutup mulut dan diam lebih baik. Lagi kita lawan, lagi banyak syaitan merasuk.”Benda boleh bawa bincang. Gaduh bukan caranya. Mahu duduk rilex saja. Komen negatif jangan layan, benda mudah,” kata beberapa netizen.

Menerusi laporan mStar pada 28 Februari lalu, Ali mendedahkan dia menerima lebih 700,000 mesej peribadi berbentuk kecaman di laman sosial. Ia berikutan gara-gara kontroversi yang membabitkan dirinya dengan isteri kepada arwah Abam iaitu Nor Hidayah. – Mstar

Shares