Roti Susu

Ayda Jebat Akhirnya Buat Keputusan, Ramai Mula Ucap Tahniah ! Ayda Jebat Akhirnya Buat Keputusan, Ramai Mula Ucap Tahniah !
SELEPAS beberapa bulan mengenali hati budi masing-masing pelakon dan penyanyi Ayda Jebat akhirnya menerima lamaran kekasihnya pengacara Nabil Mahir. Berita gembira itu dikongsi menerusi... Ayda Jebat Akhirnya Buat Keputusan, Ramai Mula Ucap Tahniah !

SELEPAS beberapa bulan mengenali hati budi masing-masing pelakon dan penyanyi Ayda Jebat akhirnya menerima lamaran kekasihnya pengacara Nabil Mahir.

Berita gembira itu dikongsi menerusi laman sosial penyanyi berkenaan yang memuat naik foto bersama cincin lamaran yang diterimanya pada ulang tahun ke-28.

Menerusi kapsyen tersebut Ayda memberitahu perkara itu merupakan hadiah ulang tahun yang paling bermakna.

“The best birthday gift ever. I said yes! (Hadiah hari jadi paling bermakna. Ya saya terima!” tulisnya berserta hashtag #Helockmeforever #BilAydaJatuhCinta.

Sementara itu, Nabil turut memuat naik foto bersama penyanyi lagu Aduh Aduh Sayang di laman sosialnya.“She said yes!” tulisnya pada kapsyen foto berkenaan. Rata-rata pengikutnya termasuk rakan-rakan artis mengucapkan tahniah kepada pasangan itu.

Pada November lalu, Nabil menerusi laporan mStar mengakui mempunyai hubungan rapat dengan Ayda, malah dia merancang untuk menamatkan zaman bujang pada tahun ini.

Manakala Ayda juga berkata kehadiran Nabil dalam hidupnya menjadikan dia seorang manusia yang lebih baik.

“Kalau orang tanya kenapa saya Kawan dengan dia? Salah satu sebab dia jadikan saya manusia lebih baik dari sebelum ini,” ujarnya. – Mstar

Shares