Roti Susu

Ashraf Muslim sebak, tak selera makan tonton video kiriman isteri Ashraf Muslim sebak, tak selera makan tonton video kiriman isteri
PELAKON Ashraf Muslim tidak mampu menahan sebak apabila menonton video yang dikirim oleh dua isterinya, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Wan Saburi semasa... Ashraf Muslim sebak, tak selera makan tonton video kiriman isteri

PELAKON Ashraf Muslim tidak mampu menahan sebak apabila menonton video yang dikirim oleh dua isterinya, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Wan Saburi semasa dia berada di wad Hospital Sungai Buloh, Selangor pada malam Khamis.

Ashraf berkata, dia terkenangkan isteri dan anak-anak di rumah yang tidak dapat bersamanya meraikan kedatangan Ramadan tahun ini.

“Malam ini adalah malam paling bersejarah dalam hidup saya. Pertama solat Tarawih berjemaah di wad pesakit Covid-19 dan kedua dapat kejutan video dari mama dan ibu ni.

“Lepas solat Tarawih pukul 10.30 malam, saya nak makan malam, tengah lapar sebab tak makan petang tadi, jadi tengah makan tangan kiri pun capai handpone nak tengok mesej. Bila buka saja, dapat video ni… Allahuakbar sambil makan tak sedar air mata dah mengalir.

“Aduhai sedih! Tak baiklah buat macam ni dahlah ayah kat wad… makan pun tak habis terus basuh tangan. Mama ibu dan anak-anak sabar ya, tunggu ayah sikit lagi. InsyaAllah bila semua dah selesai ayah balik ya… love and miss all of you!,” katanya menerusi laman Instagram.

Bersama kapsyen tersebut dia turut memuat naik rakaman video berdurasi dua minit memaparkan gambarnya beserta ucapan isteri dan anak-anak.

video

Pelakon drama Dia Menantu Rahsia ini Ashraf Muslim berkahwin dengan isteri pertama, Noor Dayana Lokman pada 30 Ogos 2011 kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Wan Sakinah pada 7 Julai 2013.

Hasil perkahwinan dengan kedua-dua isterinya, Ashraf Muslim dikurniakan empat cahaya mata. Pada 12 April lalu, Ashraf dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh, Selangor setelah disahkan positif Covid-19.

Pelakon ini dipercayai dijangkiti virus tersebut setelah pulang dari menjalani penggambaran drama di Scotland pada 31 Mac lalu. – mstar

Shares