Roti Susu

Ashraf Muslim Positif Covid-19, Kongsi Pesanan Dalam Ambulans Ashraf Muslim Positif Covid-19, Kongsi Pesanan Dalam Ambulans
SELEPAS seminggu Puteri Aishah, pelakon kanak-kanak, pengarah dan beberapa kru drama Demi dijangkiti Covid-19, pelakon Ashraf Muslim turut mengesahkan dirinya dijangkiti virus tersebut pada... Ashraf Muslim Positif Covid-19, Kongsi Pesanan Dalam Ambulans

SELEPAS seminggu Puteri Aishah, pelakon kanak-kanak, pengarah dan beberapa kru drama Demi dijangkiti Covid-19, pelakon Ashraf Muslim turut mengesahkan dirinya dijangkiti virus tersebut pada Rabu.

Ashraf yang turut berlakon dan menjalani penggambaran drama berkenaan di Scotland Mac lalu berkata, dia reda dengan apa yang sudah ditakdirkan.

“Assalamualaikum… Tanggal 12hb April lalu menjadi jawapan bagi AM (Ashraf Muslim) tentang keputusan Covid-19. Yer… saya dijangkiti virus Covid-19.

“Sewaktu itu walaupun sebak di dada bila mendapat tahu jawapan tapi saya reda dengan pilihan Allah… ada hikmah disebaliknya,” ujarnya.

Ashraf merakam video ketika dia diambil menaiki ambulans menuju ke Hospital Sungai Buloh.Selain Puteri Aishah dan Ashraf, pelakon Ben Amir turut terlibat dalam drama arahan Rahila Ali itu.

Bagaimanapun, Ben memberitahu ujian saringan yang dilakukan mendapati dia negatif Covid-19 dan pulang ke Malaysia lebih awal berbanding pelakon lain.

Dalam pada itu, Ashraf tidak dapat menggambarkan perasaannya sepanjang perjalanan ke hospital.”Datang perasaan nervous dan macam-macam perasaan timbul bila masuk dalam ambulans. Itu yang sampai berpeluh-peluh tu. Maafkan saya ahli keluargaku, sahabat-sahabat dan rakan-rakanku.

“Tolong doakan yang baik untuk saya dan pesakit-pesakit di sini dan juga kita semua, semoga Allah jauhkan wabak ini dan tidak berterusan lagi serta sihatkan kita semua,” ujarnya.

Menerusi video berkenaan, Ashraf turut berpesan kepada dua isterinya supaya menjaga anak-anak mereka dengan baik. Dia juga meminta orang ramai mendoakan agar dia dan rakan-rakan lain cepat sembuh daripada wabak ini.

“Saya sayang kamu berdua, jaga anak baik-baik. Kepada mama, ibu, Sarah, Adam, Anas dan Safiyyah doakan ayah sungguh-sungguh supaya bebas Covid-19 ini cepat ya.

“Supaya kita dapat jumpa ramai-ramai. Ayah rindu sangat, jangan risau ayah ok kat sini boleh solat dan baca Al-Quran macam biasa,” ujarnya.

Pelakon drama Dia Menantu Rahsia ini berkahwin dengan isteri pertama, Noor Dayana Lokman pada 30 Ogos 2011 kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi pada 7 Julai 2013.

Hasil perkahwinan dengan kedua-dua isterinya, Ashraf dikurniakan empat cahaya mata. Difahamkan pelakon dan kru produksi drama Demi berangkat ke Scotland pada 15 Mac dan pulang ke Malaysia pada 31 Mac lalu. – mSTAR

Shares