Roti Susu

“Apa Saja Cara Berpakaian Itu Antara Saya Dengan Allah” “Apa Saja Cara Berpakaian Itu Antara Saya Dengan Allah”
Beberapa hari ini hangat diperkatakan mengenai usahawan kosmetik Nur Sajat yang berpakaian wanita dan lengkap bertelekung ketika menunaikan ibadah umrah yang mengundang kecaman hebat... “Apa Saja Cara Berpakaian Itu Antara Saya Dengan Allah”

Beberapa hari ini hangat diperkatakan mengenai usahawan kosmetik Nur Sajat yang berpakaian wanita dan lengkap bertelekung ketika menunaikan ibadah umrah yang mengundang kecaman hebat orang ramai.

Bagaimanapun, Sajat terlebih dahulu sudah menjangkakan cara pemakaiannya itu akan dikecam teruk. Menerusi video temu bual bersama jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri di YouTube, Sajat berkata pemakaiannya itu adalah urusan antara dia dan Allah.

“Islam itu mudah, tak kejam dan setiap apa yang dicipta ada reason. Saya pergi sana dalam keadaan tak fikir benda lain, cuma nak jumpa pencipta dan luahkan perasaan.

“Bagi saya itu antara saya dengan Allah yang penting nawaitu (niat), benda ini sebab kalau tanya semua orang nak pergi ke sana.

“Saya dekat sana memang dah bersedia, apa sahaja cara berpakaian itu antara saya dengan sang pencipta, nawaitu saya nak tunaikan umrah dengan ibu bapa dan anak-anak,” katanya.

Difahamkan, rakaman video itu dilakukan sebelum rombongannya berangkat ke Tanah Suci, Mekah pada 28 Januari lalu.

Isu Sajat bertelekung di Mekah itu bukan sahaja mendapat perhatian masyarakat, malah mufti-mufti serta pihak kerajaan yang menyifatkan tindakannya itu telah memberi imej buruk kepada agama dan negara, serta boleh menjejaskan hubungan baik antara Malaysia dengan Arab Saudi. – Rotikaya.com

Shares