Roti Susu

Anzalna terkejut ramai menteri di lokasi majlis akikah anaknya – “Mereka tiba-tiba hilang Anzalna terkejut ramai menteri di lokasi majlis akikah anaknya – “Mereka tiba-tiba hilang
MAJLIS akikah anak Anzalna Nasir, Mohamad Eidress dan sambutan ulang tahun perkahwinan aktres itu yang berlangsung secara meriah di Hotel Sheraton, Petaling Jaya pada... Anzalna terkejut ramai menteri di lokasi majlis akikah anaknya – “Mereka tiba-tiba hilang

MAJLIS akikah anak Anzalna Nasir, Mohamad Eidress dan sambutan ulang tahun perkahwinan aktres itu yang berlangsung secara meriah di Hotel Sheraton, Petaling Jaya pada malam, Ahad.

Namun apa yang menarik perhatian, majlis tersebut bertembung dengan Majlis Makan Malam Muafakat Ahli Parlimen yang dihadiri ahli parlimen dari enam parti di lokasi yang sama.

“Nak dengar cerita kelakar? Semalam, boleh pula majlis akikah Eidrees dan sambutan ulang tahun perkahwinan kami bertembung dengan majlis tergempar menteri-menteri. Anzalna berkongsi mengenai perkara itu di Instagram.

“Terkejut juga nampak menteri-menteri sebab setahu kita cuma jemput anak-anak yatim, asnaf, tahfiz, teman terdekat dan keluarga tersayang saja ke majlis kami.

“Lepas tu tiba-tiba mereka hilang! Tak sempat nak ajak makan!” kata Anzalna. Menerusi Instagram, Anzalna atau nama sebenar Nur Anzalna Md Nasir, 32, berkongsi beberapa keping foto suasana di majlis istimewa itu.

Pada malam majlis tersebut, Anzalna dan suaminya iaitu Hanif Zaki yang kelihatan seperti pengantin turut meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang keempat.

Boleh pula majlis akikah Eidrees dan sambutan ulang tahun perkahwinan kami bertembung dengan majlis tergempar menteri-menteri.

Manakala majlis makan malam yang berlangsung selama kira-kira dua jam itu dihadiri ahli Parlimen dari enam parti iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), PKR, Warisan, Gabungan Parti Sarawak, Umno dan PAS.

Dalam pada itu, menerusi laporan Astro Gempak, Anzalna memberitahu dia dimasukkan ke hospital selama lima hari akibat mengalami kecederaan di bahagian otot.

Menurutnya, dia terjatuh terlentang ketika berlari untuk mendapatkan anaknya yang sedang menangis di rumahnya.

“Insiden berlaku ketika saya sedang bersiap untuk menghadiri sebuah majlis dan pada masa yang sama Eidrees menangis.

Anzalna terjatuh ketika berlari mahu mendapatkan anaknya.”Saya pula sejenis yang tidak suka membiarkan anak menangis lama dan perlu cepat untuk tenangkan dia.

“Sewaktu mahu berkejar mendapatkan Eidrees, saya jatuh terlentang. Namun, pada masa itu saya terus bangun, dukung dan sempat beri dia makan.

“Tapi selepas masuk ke dalam kereta, badan saya tidak dapat bergerak. Suami terus bawa ke hospital dan doktor sahkan otot saya bengkak,” ujarnya.

Anzalna dan suami berkahwin pada 21 Februari 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Mohamad Eidress pada 31 Mei tahun lalu. – Mstar

Shares