Roti Susu

Anwar dakwa Tun M kecewa dikaitkan dengan pihak ‘yang korup’ Anwar dakwa Tun M kecewa dikaitkan dengan pihak ‘yang korup’
PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya Dr Mahathir Mohamad tidak terlibat dalam menjatuhkan Pakatan Harapan untuk mewujudkan kerajaan gabungan baharu. “Tidak, saya tak... Anwar dakwa Tun M kecewa dikaitkan dengan pihak ‘yang korup’

PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya Dr Mahathir Mohamad tidak terlibat dalam menjatuhkan Pakatan Harapan untuk mewujudkan kerajaan gabungan baharu.

“Tidak, saya tak fikir beliau (terlibat). Namanya digunakan oleh orang dalam dan luar parti dan beliau menyatakannya sekali lagi seperti sebelum ini, beliau tak ada peranan.

“Beliau sangat jelas (pendiriannya), tidak mungkin untuk beliau bekerjasama dengan sesiapa yang ada kaitan dengan rejim lalu,” katanya.

Malah Anwar berkata beliau sudah mengetahui hasrat Dr Mahathir meletak jawatan lebih awal dan menasihatinya supaya tidak berbuat demikian.nNamun perkara itu tidak dapat didedahkan kerana ia belum diumumkan.

Jelas Anwar lagi, beliau cuba memujuk Dr Mahathir agar menukar fikirannya tetapi bekas perdana menteri itu menegaskan kecewa dikaitkan dengan pihak yang korup.

“Saya ada merayu kepada beliau bagi pihak PKR dan PH. “Pengkhianatan ini boleh ditangani bersama, tetapi sudah tentu beliau ada pandangan yang berbeza.

“Beliau berpendapat tidak wajar untuk beliau dilayan begitu, dikaitkan untuk bekerja dengan perasuah,” katanya.

Terdahulu, Anwar dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan beberapa pemimpin Pakatan Harapan bertemu Dr Mahathir di kediamannya di The Mines, Kuala Lumpur.

Selepas pertemuan itu Anwar meluahkan rasa berpuas hati dengan pendirian ahli Parlimen Langkawi itu. – Mstar

Shares